Mari Singgah

Showing posts with label Cool. Show all posts
Showing posts with label Cool. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Best Smartphone 2013

Updated! 26hb Januari 2013. Semakin maju teknologi smartphone skang ni.. Kalau korang perasan, mostly new smartphone skang semuanya quad-core processor!.. Perghh.. Dh boleh lawan laptop dh dia punya processor.. Haha... Sekarang ni pn, satu per satu smartphone dgn processor octa-core dah masuk market.. Ni salah satunya.. Alcatel OneTouch IDOL X+. Tp sayang, OneTouch IDOL X+ ni tak masuk listing Best Smartphone 2013.. Hehe.. So, jom review Best Smartphone 2013.


Apple iPhone 5S

iPhone 5s hadir dgn platform terbaru dari Apple, iOS7 yg mana boleh didapati dalam 3 warna, Champaigne Gold, Aluminium Silver dan Space Gray. Housingnya diperbuat dari aluminium yg cantik dan 5s dilengkapi dgn material Sapphire Crystal, yg berfungsi sbg pelindung pada iSight Camera. Haa… untuk pengetahuan korang je la, iSight Camera pada iPhone 5s ni ada beberapa kelebihan seperti:
  • Sensor, pixel dan aperture yang lebih besar
  • Continuous high speed burst mode
  • Flash true tone
  • Penstabilan imej automatik
  • Video gerak perlahan
  • Live video zoom
  • Square image
  • Panorama image

Tuesday, 14 January 2014

Sunday, 13 October 2013

Apa Yg Korang Patut Tau Pasal Kucing..??



Siapa yang tak sukakan kucing? Semua orang suka, kalau yang tak suka tuh bukan sebab takut, tapi mungkin sebab diorang tak biasa dengan kucing.. Kalau yang suka tu pulak, dah dapat kucing, sampai taknak lepas.. hahaa.. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.. :).. Papepun, jom kita review beberapa fakta menarik tentang kucing.

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam



Telur adalah sumber protein haiwan penting yang relatif mudah didapati dan murah. Kandungan protein, lemak, dan mineral yang terkandung di dalam telur dapat mencukupi keperluan berbagai nutrisi penting.

Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

Sunday, 14 April 2013

Ekspresikan Wajahmu! Edisi Khas Ahli Sukan


Aku taknak berkata-kata... Biarkan saja gambar berbicara... Hahahaaa... 

Maksud ADIDAS

A.D.I.D.A.S.
.
.
.
.

10 Sebab Jepun Cepat Mencapai Kemajuan

Haa... Sebelum ni aku ada post 1 entry berkenaan keunikan Jepun.. So sekarang, aku nak share dengan korang kenapa jepun cepat mencapai kemajuan berbanding negara-negara maju yang lain.



Kita semua tau sejarah dimana bom atom telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Antara kesan pengeboman di 2 bandar ini adalah ;

Mengapa Gigi Tidak Dianggap Sebagai Tulang..?


Gigi dan tulang sama kerasnya, sama putihnya dan memiliki kadar kalsium tinggi. Namun hal itu tak membuatnya sama. Mengapa ia tak disebut tulang? Kalau korang nak tau dari cara penyembuhan, gigi sedikit berbeza dengan tulang. Gigi terdiri dari kalsium, fosforus, dan mineral lainnya. Tulang terdiri dari kalsium, forforus, sodium, dan mineral lainnya. Namun, kebanyakan tulang terdiri dari kolagen protein.

Saturday, 30 March 2013

Rutin Harian Sebenar Pelajar Universiti

Sebagai salah seorang bekas penuntut IPT, aku nak buat kesimpulan rutin harian sebenar budak-budak U ni... Hahahaaa...

DOTA...!!!!

Seriously, game ni memang paling popular kat U.. Orang kata, kalo korang main CS lagi, korang ni tahap budak sekolah lagi laa.. Hahah.. Tapi, aku tak main pon game ni.. Pernah la aku mintak member sorang ni ajar aku cara main game ni.. Bapak susah! Hahahaaa... Nama panjang game ni Death Of The Angel, atau nama melayu dia Dunia Orang Takde Awek. Haaa... Kalo kat U aku, musim festival kolej je, mesti ada yang buat tournament DOTA ni. Apa yang aku tau pasal DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!

Friday, 29 March 2013

Fakta Menarik Tentang Jepun!





  • Jangan letakkan ‘chopstick’ secara menegak didalam mangkuk nasi anda kerana ia adalah satu budaya lama Jepun untuk memberikan nasi tersebut kepada orang mati. Kalaupun tidak, ia tetap dianggap satu perbuatan yang tidak baik.
  • Jepun mengalami lebih kurang 1500 gempa bumi setiap tahun.
  • Terdapat lebih 200 buah gunung berapi di Jepun.
  • Walaupun mengorek hidung atau kencing di tepi jalan diterima dalam masyarakat disana tapi menghembus hidung dikhalayak awam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Kebolehan menggubah bunga dianggap sebagai seni di Jepun.
  • Penduduk Jepun kebanyakkannya mengambil nasi untuk dimakan semasa sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.
  • Untuk menunggu pesanan pizza anda dihantar, akan memakan masa selama 1 hingga 2 jam. Penduduk Jepun gemar pizza mereka diletakkan dengan mayonis, jagung dan juga biji bijan.
  • Jika mendapat hadiah, tidak boleh mengoyak kertas pembalutnya kerana dianggap satu perbuatan yang tidak sopan.
  • Di stesen-stesen keretapi, wanita-wanita muda akan memberikan anda kertas tisu tandas.
  • Hampir tidak terdapat vandalism di Jepun.
  • Pam attendant di stesen minyak akan tunduk hormat kepada kereta yang keluar dari stesen minyak.
  • Sebiji epal di Jepun berharga USD$2 dolar.
  • Jika menghadiri upacara perkahwinan ataupun kematian, membawa bersama wang ataupun hadiah adalah menjadi perkara yang wajib.
  • Penduduk Jepun mandi air panas setiap malam walaupun kemudahan itu tidak terdapat di rumah mereka.
  • Mengatakan ‘tidak’ secara langsung adalah satu perbuatan yang dianggap tidak bermaruah.
  • Lampu trafik hijau disana dipanggil ‘biru’.
  • Tidak ada mesin ATM yang beroperasi 24 jam disana malahan ia ditutup pada hari cuti dan kebanyakkannya beroperasi pada waktu bekerja sahaja.
  • Menjadi kebiasaan, seseorang yang berpindah kerumah baru, patut memberikan antara 1000 dolar ke 2,000 dolar kepada pemilik rumah tersebut.
  • Kebanyakan orang Jepun tidak boleh memandu dengan baik.

Top 10 Gadget Terbaik 2012

Pejam celik pejam celik, sekarang ni dah masuk suku pertama 2013! Fuuhhh... Semakin cepat masa berlalu, semakin maju teknologi berkembang. Kalau sebelum ni aku ada review Top Gadget 2011, sekarang ni jom kita review pulak Top Gadget 2012!



Nokia Lumia 900

Untuk pengetahuan korang, Lumia 900 telah dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Jadi, naik la sikit market Nokia Inc. setelah jatuh merudum sebab saingan daripada Apple dan Android.

Lumia 900 beroperasi menerusi platform Windows Phone 7.5 mempunyai paparan 4.3 inci dan disokong teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480. Lumia 900 datang dengan pelbagai warna termasuk putih, hitam dan cyan.

Sunday, 24 March 2013

Rahsia Di Sebalik Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

Monday, 18 March 2013

Samsung Galaxy SIII vs Samsung Galaxy SIV


Samsung secara rasminya telah melancarkan smartphone generasi baru mereka, Samsung Galaxy S IV, yang mana mempunyai rekabentuk hampir sama dengan SG S III tapi ada beberapa penambahan dari segi aplikasi dan fungsi barunya. Fuuhhh.. Lepas satu, satu lagi naik. Yang pasti, teknologi ni memang makin maju. Haaiihh.. Anak cina bukit je mampu beli smartphone mahal² macam ni.. Hahaha.. Tapi, secanggih mana pun smartphone korang, kalau korang pandai dan tahu menggunakannya pada tahap optimum kemampuan smartphone korang, you are a smartphone user! :).. Jom kita usha² basic comparison antara SG SIII dengan SG SIV ni.

Wednesday, 13 March 2013

The Deep Web :: Dunia Internet Alam Ghaib

:: The Deep Web ::

Untuk korang yang tak tau, The Deep Web merupakan sebahagian besar kandungan alam maya (internet) yang tak dapat diakses melalui enjin carian biasa macam Google, Yahoo, Bing, etc. Kalau korang nak paham lagi, perumpamaan dia lebih kurang macam ni; Enjin carian yang biasa kita guna sekarang ni, ibarat kita melemparkan jaring merentasi seluruh permukaan laut. Memang kita dapat banyak ikan, tapi lagi banyak  ikan kat dasar laut tu. 


Friday, 28 December 2012

10 Gadget Popular 2011

Sebagai salah seorang yang agak mengikuti perkembangan teknologi gadget-gadget ni, memang aku tak nafikan sejak akhir-akhir ni, perkembangan teknologi ni memang laju! Bak kata kawan aku, kalau kita kejar teknologi ni, lama-lama kita yang boleh jadi gila.. Hahah... So, memandangkan kita dah sampai hujung-hujung 2012 ni, aku nak review semula antara gadget yang popular sepanjang 2011.. :).. 


1. Xperia Play, Sony Ericsson smartphone yang menggunakan Android OS dengan kamera 5 megapixel. Uniknya SE ni adalah slide game controlpadnya.

Monday, 26 November 2012

Samsung Galaxy S III vs Samsung Galaxy S III Mini



Selepas pelancaran Samsung Galaxy S III, Samsung telah mengeluarkan Galaxy S III lebih kecil untuk pengguna, iaitu Samsung Galaxy S III Mini dengan saiz paparan yang lebih kecil sebesar 4.0 inci.

Xperia P Gold


Baru-baru ni, kedengaran Sony Mobile akan menghasilkan model Xperia P khas dalam bentuk emas tulen 24 karat! Wooowwww.... 

Friday, 23 November 2012

Samsung Galaxy Camera Review



Yeeaahhh...!!! Satu lagi teknologi yang dicipta Samsung. Samsung Galaxy Camera. Untuk pengetahuan korang, Samsung Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran peranti ni, iaitu pada 28 November ni. Samsung Galaxy Camera dengan 16 Megapixel kamera yang menggunakan sistem operasi Android terbaru Android 4.1 merupakan salah satu kamera digital yang memiliki spesifikasi hebat yang dikuasai oleh Quad-core 1.4 GHz processor, CMOS Sensor dan mempunyai slot simkad untuk penggunaan data/internet.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...