Mari Singgah

Label

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

Keajaiban Kaabah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)

Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidilharam yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Sunday, 14 April 2013

Maksud ADIDAS

A.D.I.D.A.S.
.
.
.
.

10 Sebab Jepun Cepat Mencapai Kemajuan

Haa... Sebelum ni aku ada post 1 entry berkenaan keunikan Jepun.. So sekarang, aku nak share dengan korang kenapa jepun cepat mencapai kemajuan berbanding negara-negara maju yang lain.



Kita semua tau sejarah dimana bom atom telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Antara kesan pengeboman di 2 bandar ini adalah ;

Thursday, 4 April 2013

6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim



1.) Dia bekerja dengan Allah. Jadi ‘kilang’ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Sunday, 24 March 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari


Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

Sejarah Di Kolam Renang Olimpik


Dalam acara renang, Michael Phelps adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan perenang terhebat sepanjang zaman dan juga ahli Olimpik paling banyak menggondol pingat dalam sejarah. Tapi sebelum Phelps, siapakah perenang yang mendapat tumpuan dunia? Diperkenalkan, Eric Moussambani dari Equatorial Guinea.

9 Waktu Doa Mustajab



Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

Monday, 18 March 2013

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.  Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya? 

Thursday, 12 July 2012

10 Tanda Hati Sedang Mati



Hati adalah milik Allah SWT, kematian hati adalah satu perkara yang menakutkan bagi insan yang bergerak mencari keredhaan Allah SWT dalam kehidupannya



10 TANDA HATI MATI ADALAH :


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya


2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya


3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya


4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya


5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya


6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya


7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya


8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya


9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri


10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.

7 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit...!!!


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya. 

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Tuesday, 19 June 2012

Rahsia Disebalik Jari



Cuba anda letakkan tangan kanan anda ke bahagian kanan muka. Kemudian rapatkan ibu jari anda di telinga, jari telunjuk di pelipis kepala, jari hantu ke mata, jari manis ke hidung sementara jari kelengkeng ke mulut.

Ibu Jari di Telinga

Walaupun kukuh dan padat, ia tidak sepanjang kawan-kawannya yang lain. Ini bererti tidak semua patut kita dengar. Apabila terdengar orang sedang mengumpat, kata-kata lucah, muzik mengkhayalkan, ‘pekakkan’ telinga. Ibu jari ini pasti mengingatkan kita supaya banyak mendengar yang baik-baik seperti bacaan Al-Quran, mendengar syarahan agama dan nasihat.

Jari Telunjuk ke Pelipis

Ini satu arahan jelas agar kita banyak menggunakan otak atau berfikir. Dengan berfikir, banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik. Dengan berfikir, banyak rumah tangga mungkin tidak runtuh, dan dengan berfikir jugalah, ramai berjaya di dunia ini. Tetapi awas, jangan pula menggunakan otak anda untuk menipu!

Jari Hantu ke Mata

Hantu adalah lambang kejahatan. Banyak maksiat berpunca daripada mata. Lebih banyak dilihat, lebih banyak akan ditiru. Mata ditutup tapi masih nampak juga. Mata inilah yang harus dikawal rapi.

Jari Manis ke Hidung

Hidung menghidu dan menghembus nafas. Ia mengenal pasti bau-bauan – harum atau busuk. Kalau kita bersedih, ia rasa tersumbat. Kalau kita gembira, hidung terasa amat lapang. Selagi ia masih boleh bernafas, selagi itulah kita dapat menikmati dunia ini.

Jari Kelengkeng ke Mulut

Jari ini amat kecil menunjuk ke mulut. Jadi, ‘kecilkan’ atau kurangkan penggunaan mulut. Jika mulut digunakan untuk makan, jangan makan terlalu banyak kerana pelbagai penyakit ikut masuk ke dalam tubuh. Kalau bercakap harus berhati-hati. Kata orang tua-tua: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda yang bermaksud: ‘Jika tidak ada yang baik-baik untuk dikatakan, baiklah diam sahaja.’ Satu sahaja kegunaan mulut yang amat digalakkan iaitu banyakkan membaca, terutama Al-Quran.

Sekarang anda sudah tahu rahsianya. Sempena bulan Maulud ini, sama-samalah kita mengambil iktibar dengan membuat azam menggunakan mulut kita untuk lebih banyak membaca Al-Quran, membaca selawat ke atas Rasulullah saw dan perbanyak doa.

Fikirkan apa yang didengar dan dilihat. Fikirkan lebih banyak lagi sebelum bercakap. Dan tidak kurang pentingnya, jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja!

Saturday, 19 May 2012

Bagaimana Allah Memelihara Hambanya Di Dunia Ini ?



Seorang lelaki tua tinggal di sebuah ladang bersama cucu lelakinya. Setiap pagi si Datuk akan bangun awal dan duduk di anjung rumah sambil membaca al Quran.

Si Cucu pula sangat mengkagumi datuknya. Dia ingin menjadi seperti datuknya lantas mengikut dan meniru apa saja yang dilakukan oleh lelaki tua itu.

"Tok, saya cuba membaca Quran seperti yang Tok lakukan setiap pagi tetapi saya tidak faham. Saya akan lupa apa yang saya baca sebaik saja saya menutupnya. Apakah kebaikannya membaca Quran padahal saya tidak memahaminya?" kata si Cucu pada suatu pagi.

"Ambil bakul ini dan bawa ia ke sungai. Cedok air sungai dan bawakan air itu kepada datuk" pinta si Datuk.

Si Cucu melakukan apa yang disuruh oleh datuknya tanpa banyak soal. Namun setiap kali dia mencedok air menggunakan bakul itu, air tersebut akan kering sebelum dia sempat sampai di rumah.

"Cucu mesti berlari dengan lebih cepat supaya air yang di dalam bakul itu tidak sempat kering" kata si Datuk sambil tersenyum.

Si Cucu pun berlari sambil membawa sebakul air dengan harapan ia akan sempat sampai di rumah sebelum air yang di dalam bakul itu kering. Malangnya, selaju mana pun dia berlari, air di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di rumah. Si Cucu kepenatan lalu menemui si Datuk untuk memberitahu bahawa betapa mustahilnya untuk membawa pulang air di dalam bakul.

"Kenapa kita tidak gunakan saja timba untuk mengangkut air?" tanya si Cucu kepada datuknya.

"Yang datuk inginkan ialah sebakul air bukan setimba air. Kamu tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh" kata si Datuk.

"Saya akan tunjukkan kepada Tok bahawa sia-sia saja mengangkut air menggunakan bakul" kata si Cucu lagi.

Sekali lagi, si Cucu mencedok air dengan menggunakan bakul dan berlari sekuat hatinya menuju ke rumah namun air yang di dalam bakul itu akan kering sebelum dia sempat tiba di sana. Perbuatan ini diperhatikan oleh si Datuk.

"Tok dah lihat sekarang kan? Mustahil untuk mengangkut air menggunakan bakul. Ia adalah perbuatan yang sia-sia" kata si Cucu.

"Jadi cucu ingat ia adalah satu perbuatan yang sia-sia? Cuba cucu lihat keadaan bakul itu" kata si Datuk.

Si Cucu melihat dan membelek bakul tersebut. Pertama kali dia perasan yang keadaan bakul itu berbeza sekarang. Bakul itu kelihatan lebih bersih daripada sebelumnya, luar dan dalam.

"Cu, begitu juga yang terjadi apabila kita membaca Quran. Mungkin cucu tidak memahami dan tidak mengingati semua isi kandungan Quran tersebut tetapi cucu akan berubah menjadi bersih, luar dan dalam. Begitulah caranya Allah memelihara kita di dunia ini" kata si Datuk. 

Tuesday, 15 May 2012

Nilai Cintanya Melalui Cara Makan


"Ish! Pelahapnya dia makan! Cancel nak buat pakwe!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii... .teruknya."

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha... jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih minat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi wujud di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. Angin satu badanlah pulak!


Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti on time dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri

Friday, 4 May 2012

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?



Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Ini berdasarkan firman Allah:
"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa     mereka–dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal" (Surah Ali 'Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan.

Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah. Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: "Wahai Tuhanku ampunilah dosaku." 
Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: "Aku ampunkan dosanya."

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: 
"Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah:
Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa:
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Surah Ali 'Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa,
"Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu" (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi 'Asim- dinilai sahih).

Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya.

Firman Allah:
"dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran". (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya.

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

14 Fakta Tentang Senyuman Dari Sudut Kesihatan




  1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
  2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
  6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
  10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
  11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
  13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
  14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.

DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.. :)

Niat Sebelum Mengorat Wanita ♥



♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya :)

Dan apabila kamu bersamanya, Seorang lelaki yang benar benar mencintai wanita tidak akan membiarkan wanita itu pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun, kerana bila niat ingin menjadikan wanita itu sebagai isterinya, isyaAllah semua baik-baik saja ♥ :D

Bak kata Ustaz Azhar Idrus :-
"Jika si lelaki melafazkan niatnya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya dan wanita itu setuju dengan ikhlas tanpa paksaan, wanita itu sudah dianggap sebagai tunang si lelaki itu mengikut hukum islam" :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...