Mari Singgah

Sunday, 24 March 2013

Tips Gembira Sepanjang Hari


Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.


2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energy negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.


4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...