Mari Singgah

Label

Showing posts with label Fakta Bukan Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta Bukan Auta. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Indicator Dashboard Kereta Anda!

Haaa.. Jom kita belajar apa maksud setiap indicator kat kereta korang ni.. Bukan apa.. Ni pun ilmu jugak.. Sekurang-kurangnya, korang tau dan tak mengelabah bila tiba-tiba warning indicator ni berkelip-kelip time korang tengah syok cruising.. :)




Best Smartphone 2013

Updated! 26hb Januari 2013. Semakin maju teknologi smartphone skang ni.. Kalau korang perasan, mostly new smartphone skang semuanya quad-core processor!.. Perghh.. Dh boleh lawan laptop dh dia punya processor.. Haha... Sekarang ni pn, satu per satu smartphone dgn processor octa-core dah masuk market.. Ni salah satunya.. Alcatel OneTouch IDOL X+. Tp sayang, OneTouch IDOL X+ ni tak masuk listing Best Smartphone 2013.. Hehe.. So, jom review Best Smartphone 2013.


Apple iPhone 5S

iPhone 5s hadir dgn platform terbaru dari Apple, iOS7 yg mana boleh didapati dalam 3 warna, Champaigne Gold, Aluminium Silver dan Space Gray. Housingnya diperbuat dari aluminium yg cantik dan 5s dilengkapi dgn material Sapphire Crystal, yg berfungsi sbg pelindung pada iSight Camera. Haa… untuk pengetahuan korang je la, iSight Camera pada iPhone 5s ni ada beberapa kelebihan seperti:
  • Sensor, pixel dan aperture yang lebih besar
  • Continuous high speed burst mode
  • Flash true tone
  • Penstabilan imej automatik
  • Video gerak perlahan
  • Live video zoom
  • Square image
  • Panorama image

Tuesday, 14 January 2014

Kereta Polis Dubai Yg Awesome !!

Ini lah hasilnya kalau negara dah terlampau kaya.. Haha.. So, criminal in Dubai, be aware..!!


McLaren MP4-12C


Lamborghini Aventador & Ferrari FF

Sunday, 13 October 2013

Apa Yg Korang Patut Tau Pasal Kucing..??



Siapa yang tak sukakan kucing? Semua orang suka, kalau yang tak suka tuh bukan sebab takut, tapi mungkin sebab diorang tak biasa dengan kucing.. Kalau yang suka tu pulak, dah dapat kucing, sampai taknak lepas.. hahaa.. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.. :).. Papepun, jom kita review beberapa fakta menarik tentang kucing.

10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam



Telur adalah sumber protein haiwan penting yang relatif mudah didapati dan murah. Kandungan protein, lemak, dan mineral yang terkandung di dalam telur dapat mencukupi keperluan berbagai nutrisi penting.

Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.

Keajaiban Kaabah



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)

Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Masjidilharam yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Sunday, 14 April 2013

Mengapa Gigi Tidak Dianggap Sebagai Tulang..?


Gigi dan tulang sama kerasnya, sama putihnya dan memiliki kadar kalsium tinggi. Namun hal itu tak membuatnya sama. Mengapa ia tak disebut tulang? Kalau korang nak tau dari cara penyembuhan, gigi sedikit berbeza dengan tulang. Gigi terdiri dari kalsium, fosforus, dan mineral lainnya. Tulang terdiri dari kalsium, forforus, sodium, dan mineral lainnya. Namun, kebanyakan tulang terdiri dari kolagen protein.

Saturday, 30 March 2013

Rahsia Durian Belanda Yang Jarang Diketahui


Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Adakah Kerja Anda Bakal Membuatkan Anda Mati Awal?









Rutin Harian Sebenar Pelajar Universiti

Sebagai salah seorang bekas penuntut IPT, aku nak buat kesimpulan rutin harian sebenar budak-budak U ni... Hahahaaa...

DOTA...!!!!

Seriously, game ni memang paling popular kat U.. Orang kata, kalo korang main CS lagi, korang ni tahap budak sekolah lagi laa.. Hahah.. Tapi, aku tak main pon game ni.. Pernah la aku mintak member sorang ni ajar aku cara main game ni.. Bapak susah! Hahahaaa... Nama panjang game ni Death Of The Angel, atau nama melayu dia Dunia Orang Takde Awek. Haaa... Kalo kat U aku, musim festival kolej je, mesti ada yang buat tournament DOTA ni. Apa yang aku tau pasal DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!

Sunday, 24 March 2013

Awas! Jangkitan Parasit Kucing Pada Ibu Mengandung


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.

Sejarah Di Kolam Renang Olimpik


Dalam acara renang, Michael Phelps adalah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, merupakan perenang terhebat sepanjang zaman dan juga ahli Olimpik paling banyak menggondol pingat dalam sejarah. Tapi sebelum Phelps, siapakah perenang yang mendapat tumpuan dunia? Diperkenalkan, Eric Moussambani dari Equatorial Guinea.

Rahsia Di Sebalik Kaabah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

Thursday, 21 March 2013

Berhati-Hati Memilih Makanan!


Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Monday, 18 March 2013

Penyakit Tonsil :: Jangan Pandang Remeh..!!


MENGALAMI sakit tekak ketika demam merupakan satu senario biasa yang sering dihidapi orang dewasa mahupun kanak-kanak. Keadaan ini sudah pasti memberi ketidakselesaan kerana selain berasa sakit di bahagian tekak,  pesakit juga akan mengalami masalah untuk menelan. Lazimnya, jika masalah ini berlaku, ia berkaitan masalah tonsil membengkak dan selalunya dipanggil tonsilitis kerana disebabkan jangkitan kuman.

Sunday, 17 March 2013

Kamera Pertama Di Dunia

Sejarah Penciptaan Kamera Pertama Di Dunia oleh Ibnu Haitam

5 Makanan Mencegah Penyakit Lelaki

Tomato atau Sos Tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di atas bahagian pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 hingga 4 kali seminggu mempunyai risiko kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki tidak memakannya.

Wednesday, 13 March 2013

The Deep Web :: Dunia Internet Alam Ghaib

:: The Deep Web ::

Untuk korang yang tak tau, The Deep Web merupakan sebahagian besar kandungan alam maya (internet) yang tak dapat diakses melalui enjin carian biasa macam Google, Yahoo, Bing, etc. Kalau korang nak paham lagi, perumpamaan dia lebih kurang macam ni; Enjin carian yang biasa kita guna sekarang ni, ibarat kita melemparkan jaring merentasi seluruh permukaan laut. Memang kita dapat banyak ikan, tapi lagi banyak  ikan kat dasar laut tu. 


Saturday, 29 December 2012

iPad Mini vs Nexus 7




Sebelum ni beberapa smartphone aku dah buat perbandingan. Now, it's time for tablet pulak.. :) Mungkin ada sesetengah kita ni masih berkira-kira nak beli tablet. Yela, kalau nak membeli tu, biarlah berpatutan dan puas hati. So kali ni, aku buat perbandingan yang lebih menyeluruh antara 2 tablet terbaru ni. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...