Mari Singgah

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Awas! Jangkitan Parasit Kucing Pada Ibu Mengandung


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.

Thursday, 21 March 2013

Migrain..?? Ubatnya Ada Di Dalam Al-Quran


Semoga dengan amalan doa ni, sakit Migrain kita sembuh dengan izin Allah.. :) InsyaAllah...

Credit : FaceBook

Sunday, 17 March 2013

5 Makanan Mencegah Penyakit Lelaki

Tomato atau Sos Tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di atas bahagian pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 hingga 4 kali seminggu mempunyai risiko kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki tidak memakannya.

Sunday, 18 November 2012

Fakta Makanan Dalam Tin


Mudah dan cepat menjadi kriteria utama dalam penyediaan makanan bagi rakyat Malaysia. Terutamanya suri rumah dan wanita yang bekerjaya, dan lelaki bujang. Sebelum anda mengambil keputusan untuk memasak makanan segera, pertimbangkan dulu makanan bertin sebagai alternatif lain yang lebih sihat, pantas dan menyelerakan.

Ada kalanya makanan bertin lebih murah dan tahan lama kerana proses pengetinan yang membabitkan pemanasan makanan pada suhu tinggi. Antara makanan bertin yang biada kita gunakan adalah tuna, sardin, ikan makerel, sayur, kacang, tomato dan buah-buahan. Memilih makanan bertin adalah langkah terbaik untuk memastikan khasiat yang terkandung di dalamnya juga dapat dinikmati.


Manfaat & Kelebihan Yogurt


Tahukah anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan? Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.

Friday, 16 November 2012

Kaitan Resdung & Vitamin C


Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk, mata gatal-gatal, penglihatan kabur, telinga gatal, seluruh muka gatal, jerawat biasa atau batu, muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong, gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.


Sunday, 22 July 2012

Petua Mengurangkan Dengkur Dan Menguatkan Minda

Tips ringkas untuk kita amalkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah berdengkur tidak kira kuat atau pun sederhana kuat dan kepada mereka yang ingin menguatkan minda dan ingatan.




Rasanya ramai mengetahui kacang badam penuh dengan protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, vitamin E, dan lain-lain antioksidan dan fitokimia. Secara ringkas badam adalah sumber serat yang baik seperti :
-zink
-selenium
-tembaga
-kalium
-fosturus
-biotin
-riboflavin
-niasin
-besi. 

Kajian telah menunjukkan kebaikan memakan kacang BADAM dapat mengurangkan risiko kanser, kencing manis, penyakit Alzheimer, dan lain² penyakit kronik.

Cara²nya : 
-Bakar badam dalam ketuhar. 
-Biarkan sejuk dan blend halus. 
-Bancuh susu panas atau susu tepung dan campurkan 1 atau 2 sudu serbuk badam. 
-Amalkan minum segelas setiap hari sebelum tidur. Sertakan selawat dan AL-Fatihah sebelum minum.. 

InsyaAllah akan sembuh dan daya ingatan akan makin kuat dengan izin-Nya.

Thursday, 12 July 2012

7 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit...!!!


Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.


3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.


4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya. 

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.


6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.


7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Friday, 22 June 2012

Bahaya Duduk Atas Dompet Bagi Lelaki


Tahukah anda bahawa duduk atas dompet adalah sangat bahaya khusus bagi lelaki. Sememangnya kaum lelaki sudah biasa meletakkan dompet dibelakang seluar jika hendak keluar kemana pun. Amalan ini sudah lama cuma baru sahaja mula dibangkit apabila terdapat kajian dibuat mengenainya. Berikut adalah sebab kenapa anda tidak sepatutnya untuk duduk atas dompet lagi.



Antara Sebab-sebab munasabah 

1.Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki

2.Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.

3.Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.

4.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.

5.Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Saturday, 2 June 2012

10 Fakta Menarik Tentang Otak


1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tempatnya di sebuah bahagian yang disebut Amygdala.

3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang itu disebut pandai bergantung kepada seberapa banyak connection yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak mendapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. 

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.



Otak adalah sumber dari gerakan motorik manusia. Otak merupakan organ terpenting dari jutaan sel yang ada di dalam tubuh manusia. Seorang ahli pemakanan New York, Kelly Aronica, memaparkan makanan yang secara optimum mampu membantu meningkatkan prestasi otak kita, seperti yang dirangkum di bawah ini.

1. Telur
Dalam penjelasannya, Aronica menyebutkan bahawa zat Kolin yang terdapat dalam kuning telur merupakan zat yang mampu membentuk neurotransmitter asetilkolin otak yang berfungsi sebagai daya ingatan.

2. Teh Hijau
"Kafein dari teh hijau lebih baik dan lebih sihat daripada kopi untuk meningkatkan fungsi kognitif, fokus, dan konsentrasi." kata Aronica.

3. Bayam dan Kangkung
Aronica menyebutkan bahawa bayam dan kangkung mengandungi antioksidan, mineral dan vitamin yang tinggi yang berguna untuk kekuatan dan daya fikir otak.

4. Yogurt
Vitamin B12 yang terkandung di dalam yoghurt diyakini oleh Aronica sebagai vitamin memori yang berpengaruh dalam daya ingat otak manusia.

5. Lobak Merah
Lobak merah menghasilkan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej di dalam otak. Neurotransmitter ini menetapkan suasana hati, lapar, dan tidur.

6. Ikan Salmon
Ikan Salmon yang mengandungi asid lemak omega-3 yang berguna untuk meningkatkan fungsi belajar dan memori di dalam otak manusia. "Makan ikan salmon seminggu sekali dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer kerana salmon mempunyai jumlah asid lemak omega-3 tertinggi. Bagi anda yang vegetarian, anda boleh mendapatkan manfaat yang sama dengan mengambil soya yang kaya dengan asid lemak nabati." terang Aronica.

7. Avokado
Dengan mengambil avokado, maka anda akan terhindar dari risiko kehilangan memori pada otak kerana kandungan lemak tak tepu yang ada di dalam buah avokado.

8. Jus Sayuran
Sering-seringlah untuk meminum jus sayur-sayuran. Menurut keterangan Aronica, jus sayur-sayuran seperti brokoli atau bayam dapat menyekat radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada otak. "Antioksidan dalam brokoli atau bayam dapat menjaga kesihatan anda dari serangan radikal bebas yang boleh membahayakan prestasi otak manusia." kata Aronica.

Khasiat Manjakani Terutama Bagi Wanita


Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.

Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.



Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

-Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
-Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
-Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah payudara dan barah rahim.
-Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
-Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
-Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
-Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
-Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
-Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
-Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
-Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
-Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
-Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
-Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
-Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
-Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Thursday, 24 May 2012

Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan



Penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

Tanda : Dipangkal kuku warna gelap

Simptom : Mudah letih, Sering dahaga & lapar,penglihatan kabur, banyak makan tapi berat badan menurun,mudah berbisul tapi lambat sembuh, kerap kencing dan dihurungi semut

Punca : Gula berlebihan,Sembelit



Penyakit Gastritis (Gastrik)

Tanda : Urat biru/Hijau tepi perut ibu jari

Simptom : Cepat letih,mudah lapar, sakit ulu hati

Punca : Makan tidak menentu, makanan pedas



Tinggi Kolesterol

Tanda : Warna merah pada setiap hujung jari

Simptom : Rasa kesemutan/kebas hujung jari, cepat marah

Punca : Makanan berlemak, berminyak



Penyakit Usus

Tanda : Ibu jari bengkok, jari telunjuk bengkok, ruas jari warna gelap, jari telunjuk dan jari tengah bila direntang rasa sakit

Simptom: Sembelit, badan & mulut berbau, sakit perut, mudah letih, mengantuk

Punca: Najis yang dikeluarkan tidak cukup atau melebihi 14 jam, najis tak keluar habis, pemakanan (kurang serat, kurang air)

Sunday, 20 May 2012

Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah


Boleh di katakan setiap hari kita minum air mesti dengan ais kan? Lebih-lebih lagi kalau kita makan di luar. Pernah ke korang terfikir diorang buat ais ni dari air mentah atau air masak? Ni nak share cara nak bezakan ais dari air masak dan air mentah. Semoga tips ni bermanfaat untuk kita semua.
Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar. 


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.

Hilangkan Batuk dan Kahak


Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa petua ni. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah, InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu. Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran ini, 3-4 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam. Selamat mencuba.

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci

Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu, dia tak pedas. Ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula...

Selamat mencuba...!!!!

Saturday, 19 May 2012

Perbezaan Ikan Keli Halal & Haram



YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Halal 
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup



Haram 
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Bahaya Makan Kepak Ayam Kepada Wanita



Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.

Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati.

Tuesday, 15 May 2012

Khasiat Halba


Lepas ni kita mesti ada stok sekurang²nya 1 kilo halba kt rumah...

Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak² yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba..???? Halba boleh dibeli di kedai mamak atau di pek secara komersil di pasaraya. Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga utk stamina, kecergasan dan utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.


Cara-caranya :-

Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu,  Insya-allah dpt membantu.

Untuk Kaki Karok..!!!!


Cubalah salah satu atau kedua-dua petua di bawah ini untuk mendapatkan suara yang lunak.

1) Petua tradisional lama ini selalu diamalkan oleh kebanyakan penyanyi serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah sbagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu untuk menjaga suara, jangan minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.


2) Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu. 

Selamat Mencuba..!!!!!

Friday, 11 May 2012

Makanan & Minuman Pembasmi Bau Mulut


Lemon
 
Hirisan lemon yg disisipkan ketika kita makan di restoran adalah untuk membantu kita menghilangkan bau mulut selepas makan. Ini kerana potongan lemon dapat meneutralkan bau aroma yg kuat seperti bau kambing dan bawang.


Lobak
Ketika mengunyah makanan yg berserat tinggi, penghasilan air liur akan bertambah dan menyebabkan mulut berbau. Kebanyakkan doktor gigi mencadangkan kita untuk mengunyah lobak ataupun epal untuk mengurangkan bau mulut. Selain enak, seratnya pun baik untuk pencernaan dan membantu anda yg sedang berdiet.. :)


Teh Hijau
Dalam teh hijau mengandung zat aktif bernama catechins yang dapat membunuh bakteria di mulut sekaligus menghilangkan gula dari plak. Bakteria penyebab bau mulut pun akan hilang. Meminum teh hijau setiap hari sangat digalakkan untuk menghilangkan bau yg kurang enak.


Yogurt
Yogurt adalah minuman prebiotik yang baik untuk pencernaan. Jika diamalkan setiap hari, makanan probiotik ini dapat membantu memelihara kesihatan pencernaan. Apabila sistem pencernaan lancar, bau mulut dapat diatasi. Tapi jika anda mengalami masalah dengan perut, pengambilan yogurt sebaiknya dikawal.


Daun Mint
Daun mint boleh membantu menghilangkan bau mulut yg kurang enak. Biasa dicampurkan ke dalam makanan atau minuman sehingga memberikan kesan/rasa yang segar di mulut dan aroma yang enak. Selain daun mint, anda boleh juga menggunakan kayu manis jika ada.


Air Putih

Cara terakhir tapi cukup berkesan untuk mengurangkan bau mulut adalah dengan meminum air masak. Kerana dengan meminum air masak, ia dapat merangsang saliva dengan baik. Berkumur dengan air putih dapat mengeluarkan kotoran dari celah² gigi yang menjadi penyebab bau mulut.

Thursday, 10 May 2012

Nak Buat Roomate Korang Bengang...???



Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...!!!!!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg kau & pegi tidor. 

2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama² dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah skrg" 

3. Buat² terjaga pd tengah malam, jerit kuat² " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura² tak tahu apa yg dia cakap. 

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak" 

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ. 

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi"...

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa² atau cakap apa². Lepas tu bangun secara tiba² sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi" 

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula. 

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..." 

10. Kata kat roommate kau "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat² pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik. 

11. Bila roommate kau balik, berpura² tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik. 

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau. 

14. Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat² muka bodoh dan confused. 

15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member² sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang. 

16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tu. Cepat² keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...