Mari Singgah

Label

Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Hormatilah Kami


Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
______________________________________

Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saturday, 30 March 2013

Rutin Harian Sebenar Pelajar Universiti

Sebagai salah seorang bekas penuntut IPT, aku nak buat kesimpulan rutin harian sebenar budak-budak U ni... Hahahaaa...

DOTA...!!!!

Seriously, game ni memang paling popular kat U.. Orang kata, kalo korang main CS lagi, korang ni tahap budak sekolah lagi laa.. Hahah.. Tapi, aku tak main pon game ni.. Pernah la aku mintak member sorang ni ajar aku cara main game ni.. Bapak susah! Hahahaaa... Nama panjang game ni Death Of The Angel, atau nama melayu dia Dunia Orang Takde Awek. Haaa... Kalo kat U aku, musim festival kolej je, mesti ada yang buat tournament DOTA ni. Apa yang aku tau pasal DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!

Friday, 16 November 2012

Wednesday, 18 July 2012

Katak Jelmaan Spiderman




Anda pasti kagum mengenai cicak yang ini kerana reptilia ini memiliki warna dan bentuk seperti superhero Spiderman. Dengan warna kulit yang ada dibadannya, merah dan biru,kelihatan seperti jelmaan spiderman.

Cicak spiderman itu ditangkap ketika merangkak di atas batu oleh sepasang suami isteri Cassio Lopes dan isterinya Alessandra ketika melawat Masai National Park di Kenya.Dalam sekelip mata pasangan suami isteri dan cicak spiderman ini menjadi terkenal diseluruh dunia.

Sama tak..?????


Cassio Lopes (kanan) dan Alessandra (kiri), pasangan suami isteri yang beruntung mendapatkan foto cicak spiderman yang menakjubkan

Sunday, 27 May 2012

Proton Preve


Proton Preve didatangkan tiga jenis iaitu 1.6 CTV Premium, 1.6 Executive CVT, 1.6 Executive 5 (kelajuan manual). Manakala harga untuk kereta Proton Preve adalah seperti berikut:

RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)

Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.


 



Spesifikasi Preve Campro IAFM+

Enjin: Campro IAFM+ bersesaran 1,597 cc
Kuasa Maksimum: 80 Kw pada 5,750 rpm
Tork Maksimum: 150 Nm pada 4,000 rpm
Kelajuan Maksimum: 180 km/j
Kelajuan 0-100 km/j: 12 saat
Transmisi: 5 kelajuan manual
Tangki Minyak: 50 Liter
Ciri Keselamatan: ABS dengan EBD dan 2 beg udara


Spesifikasi Preve CFE

Enjin: Campro CFE bersesaran 1,561 cc
Kuasa Maksimum: 103 Kw pada 5,000 rpm
Tork Maksimum: 205 Nm antara 2,000 hingga 4,000 rpm
Kelajuan Maksimum: 190 km/j
Kelajuan 0-100 km/j: 9.6 saat
Transmisi: 7 kelajuan ProTronic
Tangki Minyak: 50 Liter
Ciri Keselamatan: ABS dengan EBD, ESC, 4 beg udara, BA dan penghidup lampu autimatik







Spesifikasi Lain
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidraulik
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue Lagoon, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility black, Elegant Brown

Hukum Lelaki Pakai Inai Di Jari



Sejak kebelakangan ini ramai masyarakat Melayu mengamalkan memakai inai di jari(pengantin lelaki) tanpa rasa bersalah sedangkan dalam Islam melarang lelaki memakai inai atau sebarang pewarna pada jari. Inai ialah perhiasan untuk wanita sahaja tetapi semakin hari semakin ramai pengantin lelaki memakai inai. Mungkin masih ramai yang tidak tahu hukum yang telah disyariatkan di dalam Islam.

Islam cukup sempurna jadi kenapa kita melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Semoga semua yang membaca entri ini tahu akan hukum lelaki memakai inai. Hukumnya adalah haram!!! Sama-sama kita ingat mengingati sesama Islam semoga mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Hukum memakai inai bagi wanita

Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.

Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.

Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

Hukum memakai inai bagi lelaki

Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

VIDEO USTAZ AZHAR: PENJELASAN HUKUM LELAKI MEMAKAI INAI DI JARI


Selamat pengantin baru kepada kawan² aku yang bakal berumahtangga... :)

Tuesday, 22 May 2012

Oh Komuter


Haaa... Asalamualaikum semua.. dh lama rasanya tak menulis... Haha.. selama ni copy paste je.. haha... Ok².. This time, aku nak share something la dengan korang.. Kalau sebelum ni aku ada share tentang 10kereta api terlaju di dunia ni, kali ni aku nak share tentang komuter baru yang sedang beroperasi kat Malaysia ni, lebih kurang 2 atau 3 bulan dah... Haaa... masa tu, aku dalam perjalanan pulang ke Bangi dari kampung halaman, Manjung. So, dari stesen BTS, dapat lak naik komuter baru yang 6 koc tu. Tapi, tu bukan kali pertama aku naik komuter tu, dh banyak kali dah. Cuma kali ni tergerak nak explore apa yang menarik tentang komuter baru tu.. Haaa.. ni la sedikit sebanyak yang aku nampak, yang pada aku berbeza dengan komuter yg sebelum ni.

:: Route Map ::

Haaa.. Pada aku, yg ni paling mantap.. kalo korang perasan la, kat route map ni, ada 2 warna  LED, Merah & Kuning. Merah dan kuning ni, menunjukkan laluan komuter tu. Cuma, LED merah menunjukkan komuter tersebut sudah melalui stesen yang dinyatakan, dan LED kuning menunjukkan komuter tersebut akan melalui stesen yang dinyatakan.

:: Moving Display ::

Paparan ni akan menunjukkan kepada penumpang stesen seterusnya, dan juga apa² pengumuman penting untuk menumpang.

:: Port OKU ::

Komuter ni memang luas. So, confirm sangat² memberi kesenangan kepada golongan OKU.

:: TV Display  :: 

Paparan yang ni juga akan menunjukkan destinasi seterusnya kepada penumpang. Selain itu, paparan ini juga  berfungsi sebagai sumber hiburan kepada penumpang².

:: Standing Holder::

Untuk komuter baru ni, holder untuk penumpang yang berdiri ada 3, kalo nak dibandingkan yang lama, cuma 2. So, kalo berdiri pun, memang takde hal lah.. Haha...

:: Seat::

Fuuuhhh... Memang luas... Memang dah macam eklusif dah komuter ni.. hehe...


:: Emergency Brake ::

Kemudahan ni disediakan untuk penumpang ketika komuter menghadapi masalah untuk berhenti.


:: Emergency Intercom ::

Haa... Ni pulak alat komunikasi kecemasan untuk memudahkan penumpang menghubungi pemandu kereta api di saat kecemasan

Tuesday, 8 May 2012

Alhamdulillah.... :) [Repost]



12/03/2012 23:28

Click to enlarge.. :)

Alhamdulillah... Tamat sudah hidup aku sebagai seorang pelajar/mahasiswa IPT.. Walaupun lewat 1 semester, aku akan buat yang terbaik untuk masa depan kami.. :).. Trima kasih awak sbb sentiasa di belakang saya.. :)

Tahniahhh..!!!! [Repost]


19/09/2011 11:13
Tahniah Family Pesta yang
konvo tahun ni.. :).. Kami
harap korang berjaya dalam
hidup & dapat capai semua
impian korang.. :)



MOHD HAZWAN HAMIDUN
IJAZAH SARJANAMUDA UNDANG-UNDANG

SHARIMILATHEVY SANTHIRASEKARANATHAN
IJAZAH SARJANAMUDA UNDANG-UNDANG

HASLEENA RAMLEE
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS Sebagai BAHASA KEDUA)

NADHIRAH ABD HALIM
IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN

NURUL WAHIDAH RAMLI
IJAZAH SARJANAMUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PENGURUSAN ORGANISASI)

ABDUL RAHMAN GHAZALI
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURUTERAAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

MOHD SAIFUL MOHAMED
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURUTERAAN (KEJURUTERAAN PEMBUATAN)

NURUL AMALIAH ZOLKIPLEY
IJAZAH SARJANAMUDA SAINS (SAINS MAKANAN Dan PEMAKANAN)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...