Pejam celik pejam celik, sekarang ni dah masuk suku pertama 2013! Fuuhhh... Semakin cepat masa berlalu, semakin maju teknologi berkembang. Kalau sebelum ni aku ada review Top Gadget 2011, sekarang ni jom kita review pulak Top Gadget 2012!
Nokia Lumia 900
Untuk pengetahuan korang, Lumia 900 telah dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2012 (CES 2012) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS). Jadi, naik la sikit market Nokia Inc. setelah jatuh merudum sebab saingan daripada Apple dan Android.
Lumia 900 beroperasi menerusi platform Windows Phone 7.5 mempunyai paparan 4.3 inci dan disokong teknologi skrin sesentuh AMOLED 800 x 480. Lumia 900 datang dengan pelbagai warna termasuk putih, hitam dan cyan.
iPhone 5
iPhone 5 didatangkan dengan Paparan Retina sepanjang 4 inci, dan dilengkapi dengan cip A6 Apple yang lebih pantas dan meningkatkan jangka hayat baterinya.
Beroperasi dengan platform iOS6, ia dilengkapi dengan 200 ciri² baru seperti Shared Photo Streams dan Facebook Integration.
Samsung Galaxy SII
Dalam masa beberapa tahun je, Samsung mengejar teknologi smartphone dan menjadi pembuat smartphone utama dunia selepas merekodkan jualan kukuh melalui generasi Galaxy yang diperkenalkan mereka.
Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan ini berjaya menjual lebih 40 juta unit telefon pintar Galaxy sejak model Samsung Galaxy S II diperkenalkan pada Jun 2010.
Galaxy Note II
Galaxy Note II dengan platform Android Google ini dilengkapi dengan cip pemprosesan 4-Teras 1.6 GHz yang meningkatkan lagi kebolehan multitasking berbanding cip pemprosesan sebelum ni.
Dengan dimensi 15.1 cm x 8.0 cm x 9.4 mm dan skrin sesentuh 5.5 inci, korang boleh splitkan skrin kepada dua bahagian untuk menggunakan dua program secara serentak.
Galaxy Note II mempunyai saiz yang lebih besar dari generasi Galaxy sebelum ni, dan didatangkan bersama 'pen S' untuk menulis atau melukis pada skrin.
Microsoft Surface
Mungkin menjadi gajet yang paling polarisasi untuk teknologi 2012 adalah tablet Microsoft Surface. Surface dihasilkan dalam dua versi iaitu Windows RT, sistem yang menggunakan rekaan berasaskan cip sama seperti produk tablet lain di pasaran dan sistem operasi Windows 8 Pro, bertujuan menandingi komputer notebook ringan di pasaran.
Kindle Fire HD
Kindle Fire adalah kemasukan terbaru siri tablet yang memberikan pengalaman yang menarik dari spektrum tablet Amazon. Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa pasaran Kindle Fire HD, melalui paparan-resolusi tinggi, tambahan audio, pelbagai saiz model dan aplikasi menarik.
Nexus 7
Tablet Nexus 7 merupakan tablet Android berkuasa yang ditawarkan oleh Google. Ia diterima agak baik terutama di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Setakat ini ramai yang menantikan kehadiran Nexus 7 kerana ia dikatakan mempunyai kelajuan yang sangat luar biasa.
Samsung Galaxy SIII
Telefon pintar yang didatangkan dengan paparan skrin 4.8 inci Super AMOLED ini dikuasakan dengan processor yang dikembangkan sendiri oleh Samsung, Quad-core Exynos 1,4GHz.
Mempunyai ketebalan 8.6 milimeter dan berat sekitar 133 gram, Samsung Galaxy SIII hadir dengan warna warna putih dan biru. Pilihan untuk golongan bekerja kerana ia mempunyai akses yang lengkap untuk semua.
iPad Mini
Sejak diperkenalkan, semua generasi iPad muncul dalam saiz paparan 9.7 inci sahaja dan menyedari keperluan pengguna ketika ini yang mementingkan keselesaan, iPad Mini didatangkan dengan saiz lebih kecil, 7.9 inci.
Apa yang menarik, ia dijual dengan harga yang murah berbanding dengan generasi iPad lain. Jadi aku rasa, tak mustahil iPad Mini akan terus jadi pilihan pengguna² tablet dengan harga dan saiz yang berbaloi.
iPad 3
Walaupun iPad 4 dah dilancarkan sekitar November 2011, iPad 3 masih lagi mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia pada tahun 2012.
Ini sebenarnya tidak mustahil keranan iPad 3 adalah pelopor kepada paparan kualiti visual Retina untuk tablet.
No comments:
Post a Comment