Mari Singgah

Friday, 29 March 2013

CPU Usage Tinggi Dan Cara Membaikinya

Central Processing Unit (CPU) adalah ibarat otak pada komputer atau laptop. Semakin laju nilai processor, semakin laju komputer berfungsi. Namun kelajuan komputer mungkin menjadi lembap kerana nilai CPU Usage yang tinggi secara konsisten di mana ia menganggu komputer anda untuk berjalan seperti biasa.


Sama seperti kita, kita akan rasa runsing dan tertekan jika kita menggunakan seluruh minda untuk berfikir, CPU pula akan jadi lembap apabila nilai CPU Usage kekal tinggi iaitu lebih dari 50 % pada setiap masa. Bagi anda yang tidak tahu untuk melihat nilai CPU Usage, anda boleh pergi ke bahagian bawah skrin komputer anda (Taskbar) dan klik kanan tetikus. Selepas itu, anda pilih Task Manager, klik tab Performance, dan di sana anda boleh lihat nilai cpu usage komputer atau laptop anda.



Nilai CPU usage yang tinggi akan menyebabkan komputer anda menjadi lembap dan semakin lembap dan akhirnya akan hang dan tertutup sendiri.  CPU usage adalah masalah dalaman di mana jika anda tambah nilai RAM sekalipun, ia tidak boleh menyelesaikan masalah yang anda hadapi ini.


Berikut adalah sebab kenapa nilai CPU Usage anda tinggi.

Anda menggunakan antivirus software yang tidak compatable dengan sistem operasi anda.
- Terdapat banyak virus, malware dan worm pada komputer anda.
- Ada banyak software atau aplikasi yang sedang running tanpa kebenaran anda.
- Fail driver komputer anda rosak (corrupted).
- Anda menggunakan software pirate dan software tersebut rosak.
- Grafik card, video card atau network kad anda rosak.
- Sistem operasi anda tidak di update.


Cara untuk baiki masalah nilai CPU usage yang tinggi adalah :

  • Anda update windows anda dan semua driver yang anda gunakan di komputer anda. Selain itu, anda update semua software yang anda sedang gunakan.
  • Anda buang semua virus yang terdapat dalam komputer anda. Beli antivirus software yang sesuai dengan sistem operasi dan hardware anda. Kemudian, anda scan komputer anda dan buang semua virus yang terdapat di dalam komputer anda.
  • Anda bersihkan komputer anda daripada fail – fail yang corrupt dengan membersihkan registry anda.
  • Anda baiki kipas laptop anda kerana kadangkala CPU Usage anda kekal tinggi kerana ia panas.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...