Mari Singgah

Friday 23 November 2012

Samsung Galaxy Camera Review



Yeeaahhh...!!! Satu lagi teknologi yang dicipta Samsung. Samsung Galaxy Camera. Untuk pengetahuan korang, Samsung Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran peranti ni, iaitu pada 28 November ni. Samsung Galaxy Camera dengan 16 Megapixel kamera yang menggunakan sistem operasi Android terbaru Android 4.1 merupakan salah satu kamera digital yang memiliki spesifikasi hebat yang dikuasai oleh Quad-core 1.4 GHz processor, CMOS Sensor dan mempunyai slot simkad untuk penggunaan data/internet.

Kamera digital ni juga dilengkapi dengan teknologi mobile yang mungkin akan memberikan persaingan kepada pengeluar kamera digital yang lain. Dengan saiz paparan skrin 4.8-inci dan Super HD Clear LCD, ini akan memudahkan lagi penggunaanya. Apa yang membezakan Samsung Galaxy Camera dengan kamera digital yang lain, Galaxy Camera memiliki kemudahan dan teknologi yang menyamai sebuah Smartphone seperti sokongan Bluetooth, Wifi, GPS, Media player dan sebagainya. Jom tengok jap specs. yang ada pada SGC ni :)
  
MODEL
SAMSUNG GALAXY CAMERA
OS
Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
Processor
Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9

Camera
16 Megapixel, Autofocus, 21x optical zoom, pop-up Xenon flash, Autofocus light, Wide-angle 23mm lens, Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, optical image stabilization, video recorder 1080p@30fps and 720×480@120fps
Memory
+ 8 GB storage (internal), 1 GB RAM

+ MicroSD up to 32GB



Features
+ Bluetooth® technology V.4.0

+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 b/g , Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ Dimension 128.7 x 70.8 x 19.1 mm
+ Weight 305g
+ SNS integration
+ HDMI port

Display
+ Super Clear LCD, 16M colors

+ 720 x 1280 pixels, 4.8 inches (306 ppi  pixel density)
+ Capacitive touchscreen, Multitouch

Walau bagaimanapun, bagi aku, Samsung Galaxy Camera ni ada beberapa kekurangan seperti : 

-Saiz yg agak tebal ( kalau SGC ni slim camera, memang cun dah)
-Walaupun ada slot simkad, SGC tidak boleh digunakan membuat panggilan. Hanya penggunaan untuk data sahaja.
-Kapasiti bateri yang agak rendah, 1650mAh. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...