Mari Singgah

Tuesday 20 November 2012

Legoland Malaysia..!!!



Tahniah Malaysia kerana sudah mempunyai sebuah taman tema bertaraf antarabangsa..! :).. Proud to be Malaysian.. :).. Kalau masa zaman 80an 90an dulu, Malaysia ni takde apa yang nak dibanggakan sangat. Tapi Malaysia sekarang semakin membangun dan terkenal dimata dunia. Dan baru² ni, pembukaan Legoland Malaysia telah meningkatkan lagi industri pelancongan negara kerana taman tema ini merupakan Taman Tema Legoland yang pertama di Asia..!! Haa?? Ada banyak Legoland ke kat dunia ni? Ok, jom aku nak cerita serba sedikit pasal Legoland Theme Park ni.. :)  


Untuk pengetahuan korang, Taman Tema Legoland ni merupakan rangkaian taman tema berinspirasi dan bertemakan mainan blok kanak² iaitu Lego. Taman tema ni bukan dimiliki sepenuhnya oleh Lego Group tu sendiri, tetapi ia dimiliki dan dikawal oleh sebuah syarikat taman tema Britian, iaitu Merlin Entertainment. Buat masa sekarang ni, rangkaian taman tema ni terdiri daripada beberapa Taman Tema Legoland iaitu :

a) Legoland Billund (Billund, Denmark)
b) Legoland Windsor (Windsor, England, United Kingdom)
c) Legoland Deutschland (Günzburg, Germany)
d) Legoland California (Carlsbad, San Diego County, California, USA)
e) Legoland Florida (Winter Haven, Florida, USA)
f) Legoland Malaysia (Nusajaya, Johor, Malaysia)

Ok, Malaysia memang patut berbangga kerana hanya ada 6 Legoland Theme Park di dunia dan kita adalah yang terbaru.. :) So now, aku nak sharing sikit la a bit description about each theme park.


EROPAH

Legoland di Billund, Denmark ni merupakan yang paling tua sekali. Legoland ni dibahagikan kepada 10 "dunia" : Duplo Land, Imagination Zone, Legoredo Town, Adventure Land, Miniland, Pirate Land, LEGO City, Knights Kingdom, Viking Land, dan Polar Land. Taman tema ini dibuka pada 1968 dan mempunyai statistik 1.6 bilion pelawat setahun, dan menjadikan Legoland ni sebagai tarikan terbesar di Denmark.

Legoland Windsor yang terletak di England dibina di atas tapak bekas Windsor Safari Park, Berkshire dan dibuka pada tahun 1996. Sehingga tahun 2010, taman tema ni sudah mempunyai 11 kawasan iaitu The Beginning, Imagination Centre, Miniland, Duplo Land, Traffic, LEGO City, Land of the Vikings, Kingdom of the Pharaohs, Pirates Landing, Knights Kingdom, dan Adventure Land.

Legoland Deutschland terletak di Günzburg, Jerman dan mula dibuka pada 2002. Semasa tahun 2009, taman tema ni sudah mempunyai 7 zon kawasan iaitu Imagination Center, Miniland, LEGO X-treme, LEGO City, Knights Kingdom, Adventure Land, dan Land of the Pirates.


Legoland Sierksdorf
Untuk pengetahuan korang Legoland Sierksdorf merupakan Legoland kedua yang dibina di Utara Jerman sekitar tahun 1973 - 1976. Namun begitu, pada 1976, ia telah dijual dan sekarang taman tema ini dikenali sebagai Hansa-park.



AMERIKA UTARA

Legoland California terletak di Carlsbad, California iaitu di utara San Diego County. Taman tema ni mula dibuka pada 20 March 1999 dan dibahagikan kepada 9 kawasan : The Beginning, Dino Island, Explore Village, Fun Town, Castle Hill, Miniland USA, Imagination Zone, Pirate Shores, dan Land of Adventures. Pada tahun 2010, taman tema air telah dibuka di Legoland California dan menjadikan ia salah satu Taman Tema Legoland yang dilengkapi dengan taman tema air.

Legoland Florida telah dibuka pada 15 Oktober 2011 sebagai Legoland kedua di US dan juga Legoland terbesar di dunia. Taman tema ini dibina di bekas tapak Cypress Garden, iaitu taman tema yang paling terkenal di Florida pada masa tersebut. Legoland Florida dibahagikan kepada 10 kawasan : The Beginning, Fun Town, Duplo Land, Miniland U.S.A, Kingdoms, Pirates Cove, Imagination Zone, Technic, Land of Adventure, LEGO City, dan replika Cypress Garden yang telah dibaikpulih. Legoland Florida telah memperkenalkan taman tema airnya yang menggantikan Cypress Gardens "Splash Island" pada May 2012.


ASIA

Legoland Malaysia telah dibuka di Nusajaya, Johor pada September 2012, dan merupakan Legoland pertama di Asia. Buat permulaan, Legoland Malaysia memperkenalkan 7 kawasan tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur : Miniland, The Beginning, Land of Adventure, Imagination, LEGO Kingdom, LEGO Technic, dan LEGO City. Kawasan tarikan di taman tema ni adalah Miniland, dimana hampir semua mercu tanda Asia dibina menggunakan blok Lego.


Future Legoland Theme Park

Buat masa ni, ada 3 Taman Tema Legoland yang masih dalam proses pembangunan.
1) Legoland Dubailand, Dubai UAE yang sepatutnya dibuka pada 2011 tetapi masih tertangguh sehingga sekarang.
2) Legoland Japan, Nagoya yang dijangkakan dibuka pada 2015.
3) Legoland Korea, Chuncheon, Korea Selatan yang juga dijangkakan dibuka pada 2015.

So, korang yang dalam perancangan cuti-cuti Malaysia, boleh la melawat  Legoland Malaysia ni. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...