Mari Singgah

Friday 28 December 2012

10 Gadget Popular 2011

Sebagai salah seorang yang agak mengikuti perkembangan teknologi gadget-gadget ni, memang aku tak nafikan sejak akhir-akhir ni, perkembangan teknologi ni memang laju! Bak kata kawan aku, kalau kita kejar teknologi ni, lama-lama kita yang boleh jadi gila.. Hahah... So, memandangkan kita dah sampai hujung-hujung 2012 ni, aku nak review semula antara gadget yang popular sepanjang 2011.. :).. 


1. Xperia Play, Sony Ericsson smartphone yang menggunakan Android OS dengan kamera 5 megapixel. Uniknya SE ni adalah slide game controlpadnya.


2. Acer dgn keluaran teknologi tabletnya Iconia Tab W500 yang menggunakan OS Microsoft Window 7 dan lengkap dengan memori RAM 2GB.

3. Smartphone Samsung Galaxy SII hadir dengan rekaan senipis 8.5 mm, dipacukan dengan teknologi processor dual-core dan OS Android 2.3 Gingerbread dan saiz display 4.3 inci AMOLED.

4. Blackberry Bold 9900 dengan OS Blackberry 7 yang baru dengan kuasa processor 1.2 GHz, rakaman video HD, grafik resolusi tinggi 24-bit dan senipis 10.5 mm.

5. HTC EVO 3D yang memberikan paparan 3D tanpa menggunakan kaca mata khas, dibangunkan dengan Android Gingerbread 2.3 dan sistem skrin qHD 3D 4.3 inci.

6. Lenovo memperkenalkan tablet perniagaan dengan OS Android pertama didunia bersaiz 10.1 inci iaitu ThinkPad Tablet.

7. Acer dengan ultrabook pertama di Malaysia dengan kerjasama Intel yang mempunyai kenipisan 13mm menerusi Aspire S3.

8. Samsung memperkenalkan Galaxy Note dengan saiz 5.3 inci dan membolehkan anda melukis sesuatu di atasnya dengan menggunakan pen stylus yang datang bersama-sama telefon ini.

9. Kamera Nikon D1500 iaitu kamera DLSR produk pertengahan yang mampu dimiliki oleh mereka-mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi.

10. Nokia N9 yang nyata berbeza jika dibandingkan dengan model touchscreen Nokia yang terdahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...