1 – Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh
menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia
mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
2 –
Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya
untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah.
Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ia akan mendatangkan hasil.
3 – RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.
4 – RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk
nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar
kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
5 – JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala
melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya
akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .
6 – JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia
benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
7 – Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik dengan baik agar
dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap
merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa
kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .
8 – Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah
mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga
semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam
kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
9 – Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.
10 – Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul
bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah
kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal
mencari rezeki.
11 – Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah
menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir,
dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
12 – Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk
perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.
No comments:
Post a Comment