Pintu-pintu tersebut tidak boleh terbuka kecuali jika
seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu
tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya. Cara
syaitan untuk masuk dan apa saja pintu-pintu tadi adalah sifat seorang hamba
dan jumlahnya amatlah banyak. Pada masa ini kami akan menunjukkan
pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang syaitan biasa
memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini.
Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan
tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan
membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang
seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk. Begitu pula jika
seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah
menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang
mungkar.
Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa
itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan
manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah
berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air
wudhu.
Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot
yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan
untuk tujuan ini.
Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan
menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian
lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka
dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak
memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya, dia akan mencari
muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada
kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan.
Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari
Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits
ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul
Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini
hasan)
Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta
bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil
(kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan
dengan harta.
Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan
tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau
golongannya.
Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat
Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi
ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.
Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu
berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu
merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya. Seharusnya seorang
mukmin selalu mencari udzur dari saudaranya. Berbeza dengan orang munafik yang
selalu mencari-cari ‘aib orang lain.
Semoga kita dapat mengetahui pintu-pintu ini dan semoga kita diberi taufik oleh
Allah untuk menjauhinya.
No comments:
Post a Comment