Mari Singgah

Wednesday 20 February 2013

Parker


PENERBIT : Film District
PENGARAH : Taylor Hackford
PELAKON : Jason Statham, Jennifer Lopez and Michael Chiklis
GENRE : Drama, Aksi

SINOPSIS : Parker, seorang Pencuri Profesional hidup dengan satu kod etika; 'Tidak mencuri daripada mereka yang kaya, dan tidak mencederakan mereka yang tidak bersalah'. Tapi, dia telah dikhianati oleh kumpulannya sendiri semasa melakukan rompakan dan ditinggalkan dalam keadaan hampir mati. Namun, dia telah diselamatkan oleh sebuah keluarga yang menjumpainya. Parker kemudian menjejaki kumpulannya secara senyap untuk membalas dendam atas perbuatan mereka dan ingin mengambil semula haknya hasil dari rompakan sebelum itu.

ULASAN AKU : Mulanya, bila aku tengok hero filem ni (Jason Statham), aku macam agak storyline filem ni akan slow kat tengah-tengah nanti. Tapi, lepas je tengok filem ni, best! Tak macam filem dia yang sebelum ni, The Mechanic. Hahahaa.. As expected, aksi tembak-menembak pukul-memukul dah jadi lumrah filem-filem aksi macam ni. Pada aku, kekuatan filem ni kat scene-scene rompakan kumpulan Parker. Storyline filem ni still acceptable la even sometimes macam blur2 sikit.. Hahah.. So, overall enjoy la filem ni.. :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...