Mari Singgah

Tuesday 27 November 2012

iPhone 4S vs Samsung Galaxy S III




Previous entry, aku ada buat comparison antara SGS III dan SGS III Mini. Jadi kali ni, aku nak buat perbandingan pula antara smartphone (exclude tablet & tablet phone) yang paling top dan latest setakat ni, iaitu Samsung Galaxy S III dan iPhone 4S. 


Basically, susah sikit bila aku nak compare 2 smartphone ni sebab both memiliki platform/sistem operasi (OS) yang berbeza iaitu Android dan iOS. Kedua-dua platform ni ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri yang sukar dibandingkan. Tapi apa yang pasti, kedua-duanya memfokuskan kepada golongan elit/profesional dan berkemampuan.

Ok, selesai mukadimah, jom kita tengok comparison table kedua-dua smartphone ni.

MODEL
Samsung Galaxy S III
iPhone 4S
OS
Android v4.0.4 (ICS)
OS 5, upgradable to iOS 5.1
PROCESSOR
Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9
Dual-core 1 GHz Cortex-A9
CHIPSET
Exynos 4212 Quad
Apple A5

CAMERA
+ 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
+ 8 Megapixel, 3264×2448 pixels
+ LED Flash, Autofocus
+ HD video record, 1080p@30fps
MEMORY
+ 16/32/64 GB storage
+ 1 GB RAM
+ 8/16/32 GB storage
+ 512 MB RAM



FEATURES
+ Bluetooth v4.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n , Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ MicroSIM card Support only
+ Smart Stay eye tracking
+ S-Voice language commands
+ Dropbox (50 GB storage)
+ Bluetooth v4.0
+ microUSB 2.0
+ Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
+ A-GPS
+ MicroSIM card Support only
+ iCloud cloud service
+ SIRI language commands


DISPLAY
+ Super AMOLED, 16M colors
+ 720 x 1280 pixels, 4.8 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass 2
+ TouchWiz UI v4.0
+ LED-backlit IPS TFT, 16M colors
+ 640 x 960 pixels, 3.5 inches
+ Capacitive touchscreen, Multitouch
+ Corning Gorilla Glass
+ Oleophobic coating
DESIGN
+ Dimension 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
+ Weight 133 g
+ Dimension 115.2 x 58.6 x 9.3 mm
+ Weight 140 g

Processor dan RAM
Processor dan RAM adalah dua benda yang berbeza, tetapi kedua-duanya memainkan peranan dalam menentukan kelancaran sesebuah smartphone. Kalau korang tengok table kat atas, iPhone 4S menggunakan Chipset Apple A5 dengan Processor Dual-core 1 GHz manakala S III menggunakan Chipset Exynos 4212 Quad dengan Quad-core 1.4 GHz yang lebih berkuasa daripada iPhone 4S. Untuk RAM pula, iPhone 4S menggunakan 512MB sahaja berbanding S III 1GB. So, korang dah nampak beza kat situ kan. Tapi, based on pemerhatian aku, seseorang yang dah biasa menggunakan produk Apple (this case is iPhone), susah nak beralih angin ke Android. Tapi terbalik dengan mereka yang dah biasa dengan Android, besar kemungkinan mereka akan beralih angin kepada iPhone. Kalau nak tau kenapa, try la guna produk Apple dlu. :)

Display
iPhone 4S menggunakan teknologi LED untuk paparan skrin sebesar 3.5 inci dengan resolusi 640 x 960 pixels manakala S III menggunakan skrin yang lebih besar iaitu 4.8 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels yang menggunakan  teknologi Super AMOLED untuk gambar yang lebih jelas dan terang.

Camera
Walaupun iPhone 4S dan S III mempunyai kamera megapixel yang sama iaitu 8 Megapixel, tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi kanta optik, kelebihan dan fungsi. Untuk kualiti gambar yang di ambil, iPhone 4S sudah terbukti dengan kualiti gambar yang amat mengagumkan. Walaupun menggunakan kamera 8 Megapixel, kualiti gambarnya lebih baik daripada kamera phone yang menggunakan 12 Megapixel. Ini adalah kerana Apple menggunakn 5 kanta optik yang dipasang pada iPhone 4S untuk pencahayaan yang lebih baik.

Kelebihan dan Kekurangan
Pada aku, SGS III lebih memfokuskan kepada keupayaan dan kelancaran kerana menggunakan Processor dan RAM yang tinggi daripada versi sebelumnya. Tetapi dari segi pengambaran, tiada peningkatan yang dapat dilihat dari versi terdahulu Galaxy S II. Untuk iPhone 4S pula, kelebihan pada kameranya kerana mempunyai kualiti dan fungsi pengambaran yang hebat. Namun , agak mengecewakan untuk yang gemar mendengar radio kerana iPhone 4S tidak menyokong radio dan juga tiada slot memory card.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...