Mari Singgah

Wednesday, 9 May 2012

Jangan Pandang-Pandang


PENERBIT   : Excellent Pictures Sdn. Bhd. 
PENGARAH  : Ahmad Idham
PELAKON    : Zizan Raja Lawak, Nas-T, Ben, Sara Ali, Yaya, Miera Leyana, Marsha, Azhar Sulaiman, Abang Bob, Jaafar Onn, Erin Malek
GENRE       : Komedi Pengembaraan

TRAILER     : 


SINOPSIS   : Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.
Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut dan sepanjang perjalanan mereka pulang.

ULASAN AKU : Haha... Kitorang baru lepas tengok filem ni... Kalau bab lawak tu, letak kt Zizan je laa... Memang lawak habis.. Tambah² masa kawan² diorang kena rasuk masa kat bot tu... Gelak berdekah² macam taknak berhenti.. Haha... Tapi, sikit² tu memang ada pengisian la filem ni... Filem melayu ni, bukan tak boleh pergi jauh... Tapi.. Hmm... Susah nak cakap... Kene tengok siapa produser dia, baru boleh judge filem tu camne.. Huhu... Tapi, papehal pun, kami bagi 3.5/5 laa... Peacee..!!! :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...