Soalan:
“Sory sbb gune eng, tgh practice da lame x wat ayat2 eng.
anyway sbenar mmg sy tau toe to ankle tu aurat sbb byk org ckp perkara nh
termasuk ibu & makcik tp deme x penah nk terangkan. jd kalo bole sy nk
memahami maksud disebalik perintah tersebut xnk ikut secara membabi buta. sy
ader bace bab2 aurat tp xpenah satu pn menerangkan secara detail bagi setiap
perincian aurat. cm cth rambut dan lengan kenapa ianya aurat sbb itu
menunjukkan warna kulit yg sebenar yg mungkin mendatangkan keinginan lelaki
untuk mendekati wanita (yg nh sy ade bace termasuk ikut mazhab). tp dalam hal
(toe to ankle) ape pandangan ustaz la sbb sy x jumpe sbb musabab yer. ader ker org
tgk kaki akan timbul perkara x baik. hope ustaz dpt terang kan.”
Sebenarnya, dalam memahami sesuatu perintah Allah ini,
pertama sekali kita tak boleh gunakan logik.. sebab logik ini daripada akal,
sedangkan pengetahuan akal manusia itu adalah terbatas.. bukanlah kita langsung
tak boleh gunakan akal, sebaliknya akal itu terletak di tempat kedua selepas
dalil al-Quran dan hadis. Maknanya, kita kena selaraskan akal pemikiran kita
mengikut kehendak al-Quran dan hadis, dan bukannya menggunakan al-Quran dan hadis
untuk ditafsirkan mengikut kehendak akal kita.
Ustaz selalu bagi contoh pasal babi,
dan Ustaz nak ulang lagi dalam entry ni.. dalil daripada al-Quran jelas
menyatakan akan haramnya memakan babi itu.. ilmu sains sendiri membuktikan akan
kehadiran parasit (cacing pita) dalam daging babi itu yang takkan mati walaupun
direbus atau dibakar atas api.. tambahan lagi, babi itu sendiri memang kotor
dan memakan kotoran termasuk najisnya sendiri. Tapi, bagaimana sekiranya suatu
hari nanti, dengan kemajuan teknologi, babi itu dipelihara dalam keadaan yang
bersih.. Diberi makan nasik goreng tiap2 hari dan diberikan ubat yang mampu
membunuh parasit dalam tubuhnya.. Ketika itu, adakah hukum memakan babi telah
berubah (sbb dah takde parasit dan makan makanan yang bersih)? Kalau kita
menggunakan akal semata2, dah tentulah ia dah jadi halal, sebabnya penghalang2
itu dah dihapuskan.. Namun, hakikatnya, pengharaman babi ini akan tetap
berterusan haramnya sampailah kiamat berpandukan dalil yang qat’ie (putus).
Dalam bab aurat ini, begitulah juga
keadaannya.. bila al-Quran dan hadis menyuruh menutup kepala sampai ke dada,
maka itulah hukumnya.. tak kira la suatu waktu nanti, semua lelaki atas dunia
ini mati pucuk dan kehilangan nafsu sekalipun, hukum menutup aurat itu takkan berubah.
Jadi, yang pertama sekali kita kena
menerima hukum agama ini dengan yakin.. keyakinan ini boleh dibahagikan kepada
3 iaitu ilmu al-yakin, ain al-yakin dan haqq al-yakin. Ilmu al-yakin ini adalah
tahap ilmu yg paling rendah, iaitu kita meyakini berdasarkan ilmu teori.. kita
yakin buah durian itu sedap, sebab kita baca tentang rasa buah durian dalam
artikel, walaupun kita sendiri tak pernah melihat rupa bentuk durian itu.. Ain
al-yakin pula adalah tahap seterusnya, iaitu keyakinan berdasarkan apa yg kita
lihat.. kita lihat satu kemalangan dan nampak orang menggelupur, maka kita
meyakini melalui penglihatan kita bahawa sakitnya rasa kalau eksiden patah kaki
(contohnya).. tahap yg paling tinggi adalah haqq al-yakin, iaitu bila kita
merasai sendiri pengalaman tersebut.. kita meyakini akan sakitnya beranak lepas
kita sendiri melalui proses pemberanakan itu (Ustaz sampai mati pun takkan
dapat merasai pengalaman beranak ni…. (T – T) ).. kita meyakini akan manisnya
buah durian selepas kita merasai sendiri kemanisan buah tersebut.. dsb..
Keyakinan itu adalah sesuatu yang
diusahakan, bukan sesuatu yang kita dapat melalui mimpi atau berkhayal..
“Orang-orang
“A’raab” berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu
belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi
meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “kami telah Islam”. Dan
(ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak
akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (al-Hujuraat : 14)
Sebab itulah, kita kena menerima
perintah2 Allah dan RasulNya dan mengamalkannya dulu, insyaAllah, selepas itu
barulah keyakinan itu diusahakan setelah kita merasai sendiri pengalaman
beramal dengan agama.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam secara
keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu
menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang
terang nyata.” (al-Baqarah
: 208)
Jadi, tak relevan alasan mereka2 yang
mengatakan belum ikhlas, belum yakin dsb, untuk menafikan tuntutan beramal
dengan ajaran Islam ini.. sebab kita dituntut untuk mengamalkan ajaran Islam,
sekalipun belum datang keyakinan dalam hati kita, kerana keyakinan (haqq
al-yakin) itu akan datang selepas kita sendiri beramal dengan ajaran Islam.
Berbalik kepada persoalan saudari
kim, Ustaz sebenarnya takde penjelasan kenapa kaki perlu ditutup.. walaupun
saudari mengatakan rambut dan warna kulit itu perlu ditutup sebab boleh
mendatangkan keghairahan, Ustaz pasti, ramai lelaki yang tak ghairah pun tengok
rambut wanita.. apa kes tengok rambut pun boleh ghairah.. kihkih.. kalaulah
dengan melihat rambut dan warna kulit itu boleh mendatangkan ghairah, dah tentu
bulu2 lain termasuk bulu kaki, tapak kaki, ibu jari, hidung, mata, tahi lalat
dsb yg ada pada wanita pun boleh mendatangkan ghairah juga..
Cuma Ustaz teringat zaman sekolah
dulu, ada member Ustaz yang begitu taksub nak melihat kaki wanita.. sebab
katanya, dengan melihat kaki wanita, kita boleh mengetahui wanita itu anak dara
ke, dah takde dara ke.. Ustaz pun tak pasti sejauh mana kesahihannya..
Jadi, tak semua syariat agama ini
perlu kita fikir melalui logik akal.. ada yang kita perlu terima tanpa perlu
takwil dan tafsir.. dan ada juga yg memerlukan tafsiran.. ambillah mafhum kata2
Saidina Ali r.anhu ini sebagai panduan :
“Kalaulah agama itu boleh difikirkan
melalui logik akal, nescaya akan disuruh menyapu khuf pada tapaknya, dan bukan
di atasnya”.. ini dalam bab mashul khuffain (menyapu dua stoking kulit) iaitu
disyariatkan menyapu bahagian atas stoking, sedangkan logiknya yg kotor atas
bahagian bawah stoking itu.

No comments:
Post a Comment