Mari Singgah

Wednesday, 9 May 2012

The Avengers



PENERBIT   :  Marvel Studios
PENGARAH  : Joss Whedon
PELAKON    :  Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Jeremy Renner, Scarlett Johansson
GENRE        : Aksi, Fiksyen Sains

TRAILER     : 



SINOPSIS   : Filem The Avengers menceritakan ikon adiwira Iron Man lakonan Robert Downey Jr, The Incredible Hulk (Mark Ruffalo), Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Black Widow (Scarlett Johansson) serta Nick Fury (Samuel L Jackson) iaitu pengarah agensi keamanan antarabangsa dikenali S.H.I.E.L.D untuk beraksi di bawah payung pasukan Avengers.

Nick terpaksa melakukan demikian bagi menyelamatkan dunia daripada ancaman musuh baru yang lebih berkuasa didalangi Loki (Tom Hiddleston) yang juga adik Thor.

Namun, usahanya bersama Ejen Coulson (Clark Gregg) dibantu Ejen Maria (Cobie Smulders) tidak mudah apabila setiap adiwira itu perlu diyakinkan terlebih dulu.

Selain sarat elemen pergaduhan menentang kejahatan Loki yang cuba menakluk bumi, turut diselitkan unsur kerjasama dan kesepakatan antara adiwira meskipun awalnya mereka tampil dengan ego masing-masing dan saling berlawanan.

Penonton juga berkesempatan melihat bagaimana watak The Hulk terkenal sebagai makhluk hijau yang gagal mengawal kemarahan bertukar menjadi hero dan lebih fokus menentang musuh utama.

Tidak ketinggalan, Captain America yang terperangkap dalam ketulan ais ketika Perang Dunia Kedua perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di zaman moden tanpa orang tersayang dan rakan seperjuangannya.


ULASAN AKU: Haaa... Ni la filem yg paling ditunggu² tahun ni... Mantapp...!!!! Senang cakap, filem ni adalah kolaborasi hero² Marvels yg korang pon tau kan.. seriuss... memang bestt..!!! Tapi..!!!! Permulaan filem ni agak slow sikit laa... Macam dalam sinopsis, penceritaan tentang nak wujudkan kerjasama dan kesepakatan hero² ni macam panjang sikit... :p.. Tapi, keseluruhannya aku bagi 4.5/5 laaa.. Tak rugi wo0o0... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...