Siapakah orang yang SIBUK ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang PALING
LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT
LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan
tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at
kepada manusia lain... :)

No comments:
Post a Comment