"SEMBAHYANG
adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang
seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang
perlu dipelihara sebaik-baiknya."
Antara
kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1.
Meninggalkan sembahyang.
Hal ini
adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman
bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?'
Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan
solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda:
"Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa
meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2.
Melengah-lengahkan solat.
Firman
Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu
yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu,
melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa
besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk
menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak
mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).
3.
Meniggalkan solat berjemaah.
Solat
berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan
syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan
tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana
uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan
rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah
bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat
berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
4.
Tidak thuma'ninah dalam solat
Thuma'ninah
adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang
ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang
maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
5.
Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
6.
Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini
boleh menyebabkan solat batal. Makmum
hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia
bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan
jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk...
" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7.
Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam
kedua.
8.
Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini
diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat
Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya
ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
9.
Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini
membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.
10.
Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita
dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu
Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya
dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua
telapak kakinya."
11.
Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah
bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui
dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya
daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
12.
Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul
ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru
kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.
13.
Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang
yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang
duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk
solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).
14.
Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen
dan bersembang.
Allah
berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat
9).
15.
Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti
diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan
memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di
hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal
itu tidak makruh.
16. Tidak
melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah
akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
17.
Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi
Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya,
dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)
No comments:
Post a Comment