Mari Singgah

Thursday, 15 November 2012

DREDD


PENERBIT  : Lionsgate and Reliance Entertainment
PENGARAH : Pete Travis
PELAKON    : Karl Urban, Olivia Thirlby, Lena Headey, Rakie Ayola
GENRE        :  Aksi & Sains Fiksyen

SINOPSIS : Filem sains fiksyen futuristik tahun 2012. Pelakon Karl Uban kali ni memegang watak sebagai Judge Dredd, pegawai penguatkuasa undang² yang diberi kuasa sebagai hakim, juri, dan penghukum kepada penjenayah yang bermaharajalela di Mega-City One, sebuah kota yang disumpah. Judge Dredd dibantu oleh pegawai baru, Judge Anderson (Olivia Thirlby) untuk menumpaskan kejahatan Ma-Ma (Lena Headey) dan konco-konconya di sebuah bangunan 200 tingkat. Ma-Ma bagaimanapun  mengarahkan konco-konconya membunuh Dredd dan Anderson walau dengan apa cara sekalipun. Dredd dan Anderson tiada pilihan melainkan melawan balik konco² Ma-Ma yang sudah bersiap sedia dengan senjata masing². Berjayakan Dredd dan Anderson menumpaskan Ma-Ma dan adakah kejahatan Ma-Ma akan mendapat hukuman yang setimpal dari Dredd sendiri? 


ULASAN AKU : Kalau filem² macam ni, memang tak lari dari konsep CGI (Computer Generated Image). Tambahan filem Dredd ni diadakan dalam bentuk 3D, memang betul² mengujakan lah bagi penggemar filem sains fiksyen ni. Babak kejar-mengejar, tembak-menembak, fuuhh... Memang layan habis. Hahaha.. Tapi, pada aku ada sedikit kekurangan. Slow motion effect. Mungkin effect ni diadakan untuk membantu kita menghayati kesan khas 3D filem ni. Tapi, kalau banyak sangat slow motionnya, kan dah rasa lamanya nak habis untuk satu² babak. Tapi, pada aku, tak lah bagi kesan sangat. Sebab yang best kita nk tengok effect 3D tu. Memang betul2 hidup..!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...