Mari Singgah

Thursday, 15 November 2012

Aku Terima Nikahnya


PENERBIT : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
PENGARAH : Eyra Rahman
PELAKON : Adyputra, Nora Danish, Mon Ryanti, Alex Yanz, Zalif Sidek, Kamal Faridz
GENRE : Cinta

SINOPSIS : Sebuah kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish), yang berhadapan dengan dugaan terbesar dalam hidup mereka. Johan dan Arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan-bulan yang indah dalam hidup mereka. Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan. Johan yang kemalangan disahkan mengalami Selective Amnesia yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun, iaitu dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa. Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu. Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding Arlisa. Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan. Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya. Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?


ULASAN AKU : Orang kata filem ni mirip filem, The Vow. Tapi, tak lah macam The Vow sangat. Sebab The Vow lagi logik. Aku pun tak boleh nak judge filem ni lebih² sebab aku tak tengok pon lagi. Almaklumlah berada di luar kawasan dan atas kekangan masa.. Hahah.. Tapi, berdasarkan sinopsis filem ni, hmm..macam boleh agak flow story dia macam mane. So, mereka² yang berjiwa romantik dan belum tonton filem ni lagi, boleh la berusaha untuk download ye. Sbb saya dengan yakinnya merasakan filem ni dah tak tayang kat cinema berhampiran anda. Hahaha... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...