PENERBIT : Universal Pictures
PENGARAH : Seth Macfarlane
PELAKON : Mark Wahlberg, Mila Kunis, Giovanni Ribisi, Seth Macfarlane dan Joel
McHale
GENRE : Komedi (18 ++)
SINOPSIS : John semasa kanak² x banyak kawan, jadi bila dia dapat hadiah teddy bear
dia berharap kalau teddy bear tu boleh bercakap, dia berjanji akan berkawan
dengan teddy bear bernama Ted tu sampai mati. Dengan magicnya, Ted hidup dan
mereka berkawan baik. Masalah muncul kerana John pada masa tersebut berumur 35 tahun dan mempunyai seorang teman
wanita, Lori Collins (Mila Kunis). Jadi, dia dalam dilema untuk menentukan
halatuju hidup dia samada memilih menjadi bengong² bersama Ted atau serius dengan
teman wanitanya.
ULASAN AKU : Mula² sekali aku nak cakap, filem ni kekuatan dia
bukan pada jalan cerita. Tapi dialog² dia yang kelakar macam harem... Hahaha..
Kalau nak dibandingkan dengan filem Malaysia, setaraf dengan Adnan Sempit la.
Filem kelakar, memang gelak sakan, tapi isinya kosong. Tapi untuk korang² yang
nk lepaskan stress ke, sesuai jugak la nak layan filem ni. Tapi, kanak² tak payah la nak tengok
filem ni. Sebab korang ni jenis yang suka mengikut.. Hahaha..
No comments:
Post a Comment