Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika
pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun
sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir
hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat
ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.
Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana
terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk
mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi
piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj
dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum
istana.
Gambaran kerja
pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung
Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah
tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan
Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang
terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang
Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke
Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur
di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.
Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang
teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding
malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya? Cuba anda bayangkan kehidupan manusia
sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka
adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya
bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di
udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan
internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar
melanda seluruh dunia? Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa
memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta
spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui
bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga
pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya
berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang
itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina
bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as
terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga
telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat
mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan
pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh
dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan
Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir
Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh
membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar
berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran
yang termaju.
Masih tidak percaya? Jika kita lihat pada kronologi
kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita
ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masihi iaitu 1 Masihi
hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.
Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?
Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di
zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat
minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga
Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan
di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung
radioaktif
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan
terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai
pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan
kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan
Harappa.
Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna
apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama
orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus
kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.
Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih
acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang
mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang mengghairahkan
dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.
Bateri Baghdad yang
ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang
dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang
gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah
lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu
mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah
tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq
dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia
berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih lagi tak
percaya? anda boleh ke web ini
http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
http://www.ancientmysteries.eu/gallery%20pictures%20UK.html
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
Cakera padat purba
yang ditemui di China
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear
berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi
sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?.
Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian
Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat)
yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai
sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh
dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi
Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan
kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang
gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang
dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan
beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal
(generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu
keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang
lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka,
kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan
sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi
unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai
kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan
komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah
menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan
komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini,
hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera
Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi
daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diambil setelah kumpulan
arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh yang terdampar
di puncak Gunung Ararat di Turki.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment