Soalan :
Apakah hukum meminum minuman yang telah dimasuki
semut..?
Jawapan :
Semut adalah serangga yang tidak mengalirkan darah.
Jadi, bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Meminum minuman yang telah
dimasuki semut, hukumnya bergantung kepada 2 keadaan :
1) Semut yang masuk dalam keadaan
sudah mati (bangkai)
Semut yang sudah menjadi bangkai,
dan masuk ke dalam minuman atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang
ada bangkai semut, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Kalau masuk
bukan atas ikhtiar manusia, seperti ditiup angin dan selagi tidak mengubah
sifat air, maka boleh diminum dengan syarat bangkai semut tersebut dibuang
terlebih dahulu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut tersebut mati sendiri
di dalam air, atas ikhtiar manusia, maka air tersebut menjadi najis dan tidak
boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula
yang ada semut, atau memasukkan air ke dalam cawan yang ada semut. Kalau masuk
bukan atas ikhtiar manusia, seperti semut masuk sendiri atau ditiup angin, air
tersebut tidak menjadi najis dan boleh diminum, dengan syarat semut tersebut
dibuang terlebih dahulu.
Kadang-kadang, perkara remeh macam ni yang kita
pandang sebelah mata. " Alaaahh..semut sekor je pon.. takde effect pon... ".. Tapi, sebab
seekor semut ni lah, minuman yang mengalir dalam diri kita ni menjadi najis.
Renung-renungkan... Dan selamat beramal... :)
No comments:
Post a Comment