Mari Singgah

Friday 24 May 2013

Olympus Has Fallen



PENERBIT / STUDIO : Millennium Films
PENGARAH : Antoine Fuqua
PELAKON : Gerard Butler, Aaron Eckhart, Morgan Freeman, Angela Bassett, Dylan McDermott, Melissa Leo, Rick Yune
GENRE : Aksi

SINOPSIS : Olympus Has Fallen mengisahkan tentang White House ( Secret Service Code : "Olympus") yang telah diambil alih oleh sekumpulan pengganas Korea dan Presiden US telah diculik oleh mereka dan dijadikan tebusan. Tujuan pengganas tersebut supaya US berperang dengan Korea Utara. Pada masa yang sama, bekas Bodyguard (Agen Rahsia US) Presiden tersebut, Mike Banning (Gerard Buttler) telah mengambil keputusan menyelinap masuk ke dalam White House untuk menyelamatkan Presiden walaupun suatu ketika dahulu, Mike telah dipersalahkan atas kegagalannya melindungi keluarga Presiden dalam satu nahas yang mengorbankan isteri Presiden. Acting President semasa kejadian tersebut, Speaker Trumbull ( Morgan Freeman) terpaksa berharap sepenuhnya kepada Mike Banning dalam usaha menyelamatkan Presiden.

ULASAN AKU : Filem ni best!!.. Serious best.. Tak rugi la sape² yang tengok kt panggung tu.. Ni salah satu filem action yang paling best aku pernah tengok. Permulaan plot agak mendatar.. Tapi once terrorist tu dh mula control White House, plot filem ni makin menaik. Yang bestnya bila Mike sorang² masuk dalam White House tu sbb nk selamatkan Presiden dan cari terrorist tu. Mike ni bekas Agen Rahsia US. So, dia memang tau selok belok White House tu. Nampak smooth giler dia sorang pegi attack terrorist tu. Haha.. Anyway, aku bagi 4.5/5 utk filem ni. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...