Mari Singgah

Friday 24 May 2013

G.I. JOE : Retaliation




PENERBIT / STUDIO : Paramount Pictures, MGM & Skydance Productions, in acs. HASBRO.
PENGARAH : Jon M. Chu
PELAKON : D. J. Cotrona, Byung-hun Lee, Adrianne Palicki, Ray Park, Jonathan Pryce, RZA, Ray Stevenson, Channing Tatum, with Bruce Willis and Dwayne Johnson
GENRE : Aksi, Thriller

SINOPSIS : Sekuel G.I. Joe kali ini bukan sahaja mengisahkan perjuangan mereka menentang  Commander Cobra, malah kerajaan yang cuba mengancam kewujudan mereka (G.I. Joe). Tugas mereka iaitu perlu menghalang niat jahat  Zartan juga menjadi sukar kerana Zartan sedang menyamar sebagai Presiden US. Zartan ingin mewujudkan peperangan antara negara² yang mempunyai senjata nuklear. Tujuan Zartan adalah supaya negara² ini menggunakan senjata mereka pada masa yang sama demi memberi laluan kepada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus. Senjata Zeus yang telah diaktifkan mampu membunuh semua populasi manusia. Pertempuran berlaku diantara G.I. Joe dan Cobra yang menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.


ULASAN AKU : Compare to previous G.I. Joe : Rise Of The Cobra, banyak watak² lama dah dimatikan. Tapi, pengarah ni berjaya seimbangkan dengan watak baru yg fuuuuhhhh..mantap!!. Haha.. Antara watak baru yg confirm mantap tu adalah Roadblock (Dwayne Johnson) dan Jeneral Colton (Bruce Willis). Diorang ni memang betul² menghidupkan filem ni. Storm Shadow pn sebelum ni dipihak Cobra akhirnya membantu GI Joe utk menewaskan Cobra. 

Kalau nk comment pasal CGI Hollywood ni, memang tak dapat dinafikan la. Memang nampak real. Kalau korang tengok filem ni in 2D @ 3D, memang....ahhh.. Aku pn xtau nk cite camne dah.. Memang superb laa.. hehe.. Kira memang tak rugi la kalau korang tengok filem ni kt cinema. Tapi, pada aku, filem Olympus Has Fallen ada kelebihan sikit brbanding filem ni.. Mungkin sbb filem ni sekuel, so kita dh tau serba sedikit jalan cerita sedia ada. Compare to new movie yg kita mmg tak tau jalan cerita dia mcm mana, if the plot is good and impress us as the viewer, somehow we might say "This is the best ever movie!" Haha.. Just my opinion laa.. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...