Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.
SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam laman webnya:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
- Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
- Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
- Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.
- Dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng (Sen Q)
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.
Dalam kenyataan akhbar lewat petang ini, pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.
Fairul juga merupakan ahli jawatankuasa Pakej Komunikasi Belia yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan rebat tersebut. Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai harga siling RM500 untuk mendapatkan rebat tersebut, Fairul enggan mengulas.
Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.
Sumber : MalaysiaKini
>> Pendapat aku sendiri la kan, harga siling RM500 memang tak relevan. walaupun tempoh rebat ni sampai 31 Disember 2013, harga smartphone yang quit better boleh turun ke smpai RM500??? Untuk masa sekarang ni, aku boleh kata harga siling untuk smartphone yang RM500 kebawah semuanya versi Android yang lama dan boleh cakap orang tak pandang dah. Bukan nak cakap besar, but that's the reality. Tapi mungkin orang lain berpendapat rebat ni boleh guna untuk beli 2nd handphone. Terpulanglah pada individu. Untuk mereka-mereka yang berhasrat nak guna rebat ni untuk beli tablet ke, atau smartphone high specs, bolehlah lupakan hasrat anda. :)
>>> Untuk senarai smartphone rebat (28.12.2012)
>>> Untuk senarai smartphone rebat (28.12.2012)
No comments:
Post a Comment