Mari Singgah

Saturday, 29 December 2012

iPad Mini vs Nexus 7




Sebelum ni beberapa smartphone aku dah buat perbandingan. Now, it's time for tablet pulak.. :) Mungkin ada sesetengah kita ni masih berkira-kira nak beli tablet. Yela, kalau nak membeli tu, biarlah berpatutan dan puas hati. So kali ni, aku buat perbandingan yang lebih menyeluruh antara 2 tablet terbaru ni. :)

Model
Apple iPad Mini
Asus Nexus 7
OS
iOS 6.0
Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
Processor
Chipset
GPU
Dual-core 1 GHz Cortex-A9
Apple A5
PowerVR SGX543MP2
Quad-core 1.3 GHz Cortex-A9
Nvidia Tegra 3
ULP GeForce
Camera
- 5 Megapixel, 2592×1944 pixels
- 1.2 Megapixel Front Camera
- None
- 1.2 Megapixel Front Camera
Memory
- 16/32/64 GB storage
- 512MB RAM
- 8/16/32 GB storage
- 1GB RAM
Features
- Bluetooth
- Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
- Siri
- iCloud
- GPS
- None
- Bluetooth
- Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
- Google Voice
- Google Drive
- GPS
- NFC, Google Beam
Display
- LED-backlit IPS LCD, 16M colors
- 162 ppi
- 768 x 1024 pixels, 7.9 inches
- Capacitive touchscreen, Multitouch
- LED-backlit IPS LCD, 16M colors
- 216 ppi
- 800 x 1280 pixels, 7.0 inches
- Capacitive touchscreen, Multitouch
Design
- Dimension 200 x 134.7 x 7.2 mm
- Weight 308 g
- Dimension 198.5 x 120 x 10.5 mm
- Weight 340 g


Design
Aku rasa semua sedia maklum yang produk-produk apple ni, in term of design, mereka memang nampak lebih eksklusif. Skrinnya pula lebih besar dari Nexus 7. Namun ketumpatan skrin (ppi) Nexus 7 lebih baik dari iPad Mini. 


Aplikasi
iPad Mini turut menyokong aplikasi yang ditawarkan pada iPad dimana aplikasi tersebut telah dibina untuk kesesuaian pada iPad. Tapi untuk Nexus 7, aplikasi khas untuk tablet tidak begitu meluas di Google Play. Kebanyakannya adalah aplikasi untuk smartphone Android yang telah dibesarkan untuk kegunaan tablet.


Hardware
iPad mini menggunakan processor Dual-core 1 GHz yang sama dengan iPad 2 dan menggunakan RAM sebesar 512MB manakala Nexus 7 menggunakan processor Quad-Core 1.3Ghz dan dipadukan dengan cipset nVidia Tegra 3 dengan 12 core GPU. Nexus 7 mempunyai kelebihannya pada hardware apabila ia turut menyokong NFC dan chipset yang lebih baik berbanding iPad Mini.


Sistem Operasi
Agak sukar untuk membandingkan kedua-dua platform yang berbeza. Kedua duanya menawarkan platform yang terbaik. Jika sebelum ini, banyak rungutan dari pengguna Android tentang keupayaan Android yang tidak begitu lancar pada peranti mereka. Namun, untuk Nexus 7 yang menggunakan Android Jelly Bean, Google telah meningkatkan keupayaan dan juga kelancaran pada Android versi Jelly Bean dalam satu projek yang dinamakan Projek Butter. Untuk iOS6 pula memang tdak dinafikan iOS merupakan platform yang terbaik untuk kelancarannya.


Kesimpulan
Kesimpulannya kedua-duanya memilik kelebihan dan kekurangannya untuk platform dan juga perantinya sendiri. Nexus 7 lebih kepada pengguna yang gemarkan customization seperti menghias paparan dengan Tema, Widget , Live Wallpaper, Pengurusan File dan pemindahan data yang lebih baik. Manakala Mini iPad pula merupakan platform yang mudah, lancar dan senang digunakan dan tidak memerlukan aturan yang banyak untuk menggunakannya disamping Aplikasi dan Games yang telah dioptimumkan untuk iPad Mini. Walaubagaimanapun, nasihat aku pada pengguna yang masih berkira-kira antara iPad Mini dan Nexus 7, anda boleh lihat dahulu video-video perbandingan yang dihasilkan oleh pengulas-pengulas gadget di youtube. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...