Mari Singgah

Sunday, 18 November 2012

PE 3



PENERBIT : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
PENGARAH : Farid Kamil
PELAKON : Farid Kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Taiyuddin Bakar
GENRE : Aksi, Komedi


SINOPSIS : PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat dan dibantu oleh orang kanannya iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?



ULASAN AKU : Indah khabar dari rupa, indah poster dari cerita.. Waaahh... Ha, sila lah balas pantun ni.. Haha.. Ok, back to the topic. Filem ni sesuai untuk genre aksi komedinya, tapi, banyak lompong² yang tidak ditutupi dengan kemas oleh FK. Banyak persoalan yang tidak dijawab dan plot cerita yang hambar. Maaf, tapi inilah realiti. Motif rompakan yang diorang buat, nampak tak jelas. Contohnya rompakan lori yang membawa cip yang besar tetapi dikatakan hanya ada 3 cip sahaja di dalamnya. Then, cerita habis macam tu je. Mana cipnya? Dimana lori tersebut diletakkan? Tiada liputan meluas dari media pun di kaca TV berkaitan rompakan tersebut. Lepas tu, rompakan seterusnya. 

Aksi kejar-mengejar pun pada aku biasa² je. Takde yang luar biasa. Memang katanya filem ini dibikin dengan komedi, jadi tak hairanlah kalau filem ini dipenuhi dengan komedi yang agak bagus pada awalnya. Tetapi, makin lama ke tengah filem, komedinya jadi kelaut. Malah, semakin lama semakin dilihat filem ini lari dari point asal (cerita rompakan) apabila scene percintaan Fumi dan Darling dibawa ke tengah sebelum dimatikan tiba-tiba tanpa berkonflik.

Sayangnya, pelakon filem ni bukan terdiri dari pelakon baru. Tapi, lakonan mereka memang tenggelam dalam filem ni.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...