Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang
boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat
dalam bidang fotografi, betul tak?
Sebagai
contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal
waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian
warnakuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti.Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
(tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna
pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna
jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
No comments:
Post a Comment