Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan
baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.
Wanita
yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya
yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di
dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada
yakut.
Wanita
yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.
Wanita
yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan
dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika
wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita
yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment