Dalam
hadis nabi, ada disebutkan tentang garam. "Garam penghulu kepada
lauk-pauk."
Betapa
garam asalnya dari laut, apabila disejatkan menghasilkan kristal garam. Unsur
tanah terdapat di dalamnya kerana dasar laut juga adalah tanah. Sebab itu garam
juga diperoleh dari bukit dan dikenal sebagai garam bukit.
Kegunaan
garam :
1. Membuang busuk ikan. Ikan apabila sudah
lama terdedah di darat akan menjadi busuk. Untuk menghilangkan hanyir ini, ikan
diredam dalam air garam.
2. Merendam kerang supaya hilang tahinya.
Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya.
Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya
(tahi).
3. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan
kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam
dalam air garam juga.
4. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan
makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh
menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar
digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
5. Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati
dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.
6. Merawat mabuk perjalanan. Sesetengah orang
akan mengalami mabuk perjalanan setelah melepasi tempoh tertentu. Untuk merawat
mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan diminum sebelum memulakan
permusafiran.
7. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air
yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
8. Menambah imuniti badan akibat perubahan
hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya
pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap
hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
9. Menghilangkan penat kerana kerja berat.
Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang
ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
10. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka
yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dijampi dengan
Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali)
ditabur di sekeliling khemah.
11. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi.
Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan
kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah,
bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang
terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
12. Mengelak panahan iblis bagi lelaki yang
beristeri kerana bekerja di kawasan hutan. Petua Melayu tradisional apabila ke
hutan mereka akan terserempak dengan jin yang menjelma sebagai perempuan bogel
di sungai. Akibatnya mereka teringat-ingat kepada jelmaan makhluk itu sehingga
mengabaikan isterinya. Cara mengatasinya sama seperti yang dinyatakan dalam ( 10
).
13. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi
orang dewasa yang dikhianati (disihir) cara mengubatnya ialah dengan meletakkan
garam yang dijampi dengan al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian
bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Selamat
beramal... :)
No comments:
Post a Comment