Dosa
Peringkat Pertama
Seseorang
membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas
dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang
itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara
automatik akan naik kedosa peringkat kedua.
Dosa
Peringkat Kedua
Seseorang
itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat
ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh
menggugurkan iman seseorang.
Dosa
Peringkat Ketiga
Seseorang
itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat
ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa
sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD.
Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk
lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat
keempat.
Dosa
Peringkat Keempat
Seseorang
itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS
KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar
Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah
sepenuhnya menguasai diri.
Oleh
itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan
cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan
masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.
Seseorang
sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah
orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang
lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah
neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku
bertemu
zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah
menjawab,"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan
berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."
"Wahai
orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
No comments:
Post a Comment