Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak
wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana
ingin beribadat semata-mata kerana Tuhan. Islam menggariskan sesuatu yang
cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai
hati dan perasaan untuk saling bercinta.
Jadi, dalam entri kali ini, Pakar Cinta ingin
berkongsi kepada anda semua mengenai hukum-hakam dalam sesebuah pernikahan.
Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum ini:-
WAJIB – Bagi mereka yang mampu zahir
dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
HARAM – Bagi mereka yang tidak mampu
zahir dan batin.
SUNAT – Bagi mereka yang mampu zahir
dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan
zina.
MAKRUH – Bagi mereka yang tidak mampu
zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya
kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
HARUS – Bagi mereka yang tidak ada
halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada
pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Rasulullah bersabda: “Demi Allah,
sesungguhnya aku yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku
bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa
yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku.” – (Riwayat al-Bukhari, no.
4776)
No comments:
Post a Comment