Perkahwinan itu
sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat
Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga
suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain. Benar, perkahwinan
itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang
dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari
dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa.
Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita
bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan
amanah? Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan
dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan
itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita
hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup
kita. Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita,
namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang
mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum
ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin
kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa
banyak "jika" untuk kita senaraikan. Pendek kata
perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika
boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman
syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa
untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu
benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun
hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan
pahala. Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi
jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk
ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang
tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa
menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu
dosa. Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba
dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"kalau nak tunggu
betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua"
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring
dengan niat kita untuk berkahwin"
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita
perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan
bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita
mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga
yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan
menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang
tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu
cacat. " (Imam Hasan al-Banna)
|
Firman Allah S.W.T:
"Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Danakibat yang baik itu
adalah bagi orang-orang yang bertaqwa" (SurahThaha : Ayat 132)
|
Tetapi jangan pula kita takut
untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama.
Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan
menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si
fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat
ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu
bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya
tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang
bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu
dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari
bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan
dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu
bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga
pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si
isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan
semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri
tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah
20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu
agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan
supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik
lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah
S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.
No comments:
Post a Comment