Updated! 26hb Januari 2013. Semakin maju teknologi smartphone skang ni.. Kalau korang perasan, mostly new smartphone skang semuanya quad-core processor!.. Perghh.. Dh boleh lawan laptop dh dia punya processor.. Haha... Sekarang ni pn, satu per satu smartphone dgn processor octa-core dah masuk market.. Ni salah satunya.. Alcatel OneTouch IDOL X+. Tp sayang, OneTouch IDOL X+ ni tak masuk listing Best Smartphone 2013.. Hehe.. So, jom review Best Smartphone 2013.
Apple iPhone 5S
iPhone 5s hadir dgn platform terbaru dari Apple, iOS7 yg mana boleh didapati dalam 3 warna, Champaigne Gold, Aluminium Silver dan Space Gray. Housingnya diperbuat dari aluminium yg cantik dan 5s dilengkapi dgn material Sapphire Crystal, yg berfungsi sbg pelindung pada iSight Camera. Haa… untuk pengetahuan korang je la, iSight Camera pada iPhone 5s ni ada beberapa kelebihan seperti:
- Sensor, pixel dan aperture yang lebih besar
- Continuous high speed burst mode
- Flash true tone
- Penstabilan imej automatik
- Video gerak perlahan
- Live video zoom
- Square image
- Panorama image
Ciri baru pada iPhone 5s, ID Touch merupakan sensor cap jari identiti korang untuk access iPhone korang ni.. Kalau korang guna 5s la.. Hehe.. Lagi 1 keistimewaan iPhone 5s ni adalah penggunaan chip A7, yg mana CPU dan prestasi grafik dua kali lebih cepat berbanding dgn chip sebelumya, A6. Secara tak langsung, iPhone 5s adalah smartphone 64-bit pertama di dunia!
Pertama kali dalam sejarah iPhone, Apple mengeluarkan peranti smartphone mereka dalam pelbagai pilihan warna (putih, biru, hijau, kuning dan pink) melalui iPhone 5c. Berbanding dengan iPhone 5s, 5c lebih cenderung kepada pasaran negara membangun termasuk Malaysia dan ianya dijual dengan harga yang lebih murah berbanding 5s. Kat bawah ni korang boleh la review perbezaan antara 5s dan 5c.. :)
Model | Apple iPhone 5s | Apple iPhone 5c |
OS | • iOS 7 | • iOS 7 |
Processor
Chipset
GPU
|
• Dual-core 1.3 GHz
(Cyclone ARM v8)
• Apple A7
• PowerVR G6430
(quad-core graphics) |
• Dual-core 1.3 GHz (Swift ARM v7)
• Apple A6
• PowerVR SGX 543MP3
(triple-core graphics) |
Camera & Video
|
• 8 Megapixel, 1080p@30fps
• 1.2 Megapixel Front Camera
• Dual-LED, True Tone flash
• 1/3” sensor size
• HDR, Face Detection
|
• 8 Megapixel, 1080p@30fps
• 1.2 Megapixel Front Camera
• LED flash
• 1/3.2” sensor size
• HDR, Face Detection
|
Memory |
• 16/32/64 GB storage
• 1 GB RAM
|
• 16/32 GB storage
• 1 GB RAM
|
Features |
• Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• LTE Support
• Fingerprint sensor (Touch ID)
• SIRI Language Command
|
• Bluetooth v4.0
• Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
• LTE Support
• -
• SIRI Language Command
|
Display |
• LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• Corning Gorilla Glass
|
• LED-backlit IPS LCD, 16M colors
• 326 PPI
• 640 x 1136 pixels, 4.0 inches
• Capacitive touchscreen, Multitouch
• -
|
Design |
• Dimension 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
• Weight 112 g
|
• Dimension 124.4 x 59.2 x 9 mm
• Weight 132 g
|
Peranti flagship dari Sony, Xperia Z1 @ Honami mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan smartphone Sony sebelum ni. Tapi, untuk kali ni, Xperia Z1 nampak lagi berkualiti dengan penggunaan aluminium pada casingnya dan kaca yang berkualiti. Xperia Z1 hadir dengan spesifikasi yang agak mantap!
- Skrin 5 inci Full HD (1080p) - Dengan teknologi Triluminous
- Processor Snapdragon 800 Quad-core 2.2GHz
- RAM 2GB, Memory 16GB (Internal), Kapasiti bateri 3,000mAh
- Android 4.3 (Jelly Bean)
- Kalis air dan habuk (IP55 & IP58)
Seperti yang kita semua tahu, kekuatan smartphone keluaran Sony adalah pada kameranya. Untuk Xperia Z1, kamera 20.7 Megapiksel Sony G Lens (f/2.0) wide angle dilengkapi dengan teknologi BIONZ. Teknologi BIONZ ni akan mengurangkan 'noise' pada gambar, auto-fokus yang lebih cepat dan rakaman video yang lagi stabil.
Smartphone keluaran Syarikat Korea ini, LG - LG Optimus G2 / LG G2 adalah antara smartphone terbaik dan paling memberi saingan kepada smartphone dari Samsung dan Sony khususnya. Hadir dengan skrin besar, 5.2 inci Full HD IPS dan 2.26 GHz Quad-core Snapdragon 800, LG G2 merupakan flagship smartphone bagi G series smartphone dari LG.
LG G2 merupakan smartphone yang hadir tanpa butang fizikal (physical button) pada casingnya di bahagian tepi. Ini kerana smartphone ini mempunyai butang penyelarasan volume pada bahagian belakang, di bawah kedudukan kameranya. Untuk anda lock-unlock smartphone ni, hanya perlu double tap pada skrinnya sahaja. Sangat user friendly.. Hehe.. Kalau nak lagi jelas, korang boleh la tengok video unboxing LG G2 khas dari Oh! Media Network di bawah.. :)
Huawei Ascend Mate
Huawei Ascend Mate merupakan phablet pertama dari Huawei yang dilengkapi skrin besar 6.1 inci. Huawei menjelaskan phablet pertama mereka ini dilengkapi dengan teknologi Quick Power Control (QPC) dan Automated Discontinous Reception (ADRX) iaitu teknologi penjimatan bateri dan teknologi perkongsian pantas. Baterinya dikatakan berkeupayaan bertahan sehingga 2 hari dengan penggunaan biasa dan masa mengecas paling pantas sehingga 30%. Kapasiti baterinya agak besar, iaitu 4050mAh.
Huawei Ascend Mate juga menggunakan processor Quad-core yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sendiri, iaitu Huawei Hi-Silicon K3V2 dengan kelajuan 1.5 GHz. Processor ini dilengkapi dengan GPU 16-core yang diwar-warkan dapat menandingi GPU NVIDIA Tegra 3.
Skrinnya dari jenis LCD HD IPS beresolusi 1280x720 dan hadir dengan teknologi 'Magic Touch' yang dikatakan mampu memberikan respon yang tinggi walaupun dengan sarung tangan. Kamera belakangnya 8 Megapiksel HDR dan kamera hadapan 1 Megapiksel HD, dilengkapi dua (stereo) mikrofon untuk rakaman anti-bising dan kualiti bunyi dari Dolby® Sound Technology.
Motorola Moto X
Motorola Moto X adalah model pertama daripada motorola dibawah pengawasan Google dan merupakan smartphone pertama yang dibuat sepenuhnya di USA. Direka dengan skrin paparan AMOLED 4.7 inci RGB penuh dan resolusi 720p. Ini memberikan Moto X kepadatan piksel sebanyak 312ppi.
Dari segi kamera, Moto X dilengkapi dengan kamera 10 Megapiksel dengan teknologi Clear Pixel bersaiz 1.4 microns, lebih kecil daripada HTC One (2.0µm) dan lebih besar saripada Galaxy S4 (1.1µm). Dengan piksel yang besar dan teknologi Clear Pixel, gambar dengan cahaya yg rendah akan mempunyai kualiti yg lebih baik.
Ciri istimewa Motorola Moto X adalah smartphone ini mempunyai 3 perakam audio dan mampu merakam Audio 3D. Moto X juga dilengkapi dengan 2 processor tambahan Motorola untuk menguruskan sensor smartphone ini dan juga interpretasi bahasa (untuk Google Now).
Samsung Galaxy S4
Samsung Galaxy S4 dengan screen display 5-inci Super AMOLED beresolusi 1080p HD, dilengkapi dengan processor Exynos 5 Octa 5410 (Quad-core 1.6 GHz Cortex-A15 & Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7) mempunyai rear camera 13-MP dan front camera 2-MP.
Galaxy S4 mempunyai fungsi Dual-Camera yang membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang pada masa yang sama. Jadi untuk mereka yang gemarkan video call, anda boleh membuat dan menerima panggilan panggilan video dengan rakan dan keluarga sambil menunjukkan persekitaran anda semasa panggilan menggunakan dua kamera sekaligus.
Ciri istimewa yang lain pada Galaxy S4 adalah Smart Pause yang membolehkan anda mengawal tanpa menyentuh skrin smartphone anda. Contohnya video yang sedang anda tonton akan pause secara automatik apabila anda melihat ke arah lain, dan akan resume semula apabila anda melihat semula ke arah skrin. Smart Scroll membolehkan anda scrolling browser atau emel naik dan turun tanpa perlu menyentuh skrin. Ianya mengesan pergerakan pergelangan tangan anda.
Samsung Galaxy Note 3
Hadir dengan Android 4.3 Jelly Bean dan interface Touchwiz Samsung, SG Note 3 juga dilengkapi ciri yang sama dengan SG S4 seperti Smart Scroll, Smart Pause, Air Gesture, Air View dan lain-lain. Antara ciri lain seperti Voice Control yang membolehkan anda mengawal smartphone anda tanpa menyentuhnya dan membantu anda menjawab panggilan telefon dengan perisian S Voice Hands Free.
13-MP rear camera Note 3 dengan LED flash dan front camera 2-MP dilengkapi BSI sensor dengan Smart Stabilization. Note 3 juga mempunyai kamera mod yang sama seperti Galaxy S4 seperti Dual Camera, Drama Shot, Sound & Shot dan lain-lain. Namun begitu, peranti Note 3 juga nampak eksklusif apabila digayakan dengan bahagian belakangnya mempunyai tekstur seperti kulit dan diberikan kesan jahitan pada bahagian tepinya dan rim logam disekelilingnya.
Apa yang menarik, Note 3 ini didatangkan dengan peranti Wearable Tech, Samsung Galaxy Gear.
HTC One
Kalau Note 3 nampak eksklusif pada kerangka belakangnya, HTC One nampak eksklusif pada keseluruhan kerangkanya kerana ianya diproses menggunakan mesin CNC daripada 1 blok aluminium dan 1 unit mengambil masa kira-kira 200 minit untuk disiapkan. Ini untuk memastikan kerangka HTC One nampak kemas tanpa kesan penyambungan.
Didatangkan dengan processor 1.7 GHz Quad-core Qualcomm Snapdragon 600, HTC One mempunyai rear camera 4-MP lengkap dengan teknologi ultrapiksel (2.0 mikron). Selain itu, teknologi "Boomsound" pada HTC One yang menggabungkan 2 pembesar suara stereo dengan amplifier Beats Audio meletakkan peranti android ini pada kelasnya yang tersendiri dalam teknologi audio yang ada pada smartphone.
Sumber :
No comments:
Post a Comment