PENERBIT / STUDIO : Atmosphere Entertainment Emmett/Furla Films.
PENGARAH : Mikael Hafstrom
PELAKON : Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Jim Caviezel, Sam Neill, 50 Cent
GENRE : Aksi, Thriller
SINOPSIS : Escape Plan mengisahkan seorang jurutera struktur, Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri. Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi yang membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu. Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar untuk memboloskan diri daripada penjara rekaannya sendiri kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.
Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones). Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.
ULASAN AKU : Terbaik wokk..!!.. Hahaha.. Serius best, memang tak mengantuk langsung aku tengok movie ni.. Tak rugi la kalau korang nak tengok movie ni.. Unexpected plot.. Starting movie ni, dia tunjuk semua trick macam mane Breslin nk lepaskan diri dari penjara. Then, Breslin ni sebenarnya dikhianati partner dia sendiri, yg nakkan dia dipenjarakan dan lenyap terus dari pengetahuan orang lain. Yg menariknya, dia dipenjarakan dalam penjara hasil rekaan dia sendiri, The Tomb.
Kalau korang tengok The Tomb ni, fuhh...memang mengujakan..hahah.. Tapi, ada satu masalah. Breslin sendiri tak tau kat mana dia dipenjarakan tu. Actually, filem ni tak banyak action mulanya, sbb dia fokus kt cara macam mana Breslin nak lepaskn diri. Tapi bila sampai part Breslin menyelinap keluar dari penjara ni (The Tomb) sebab nak tau kat mana dia dipenjarakan, lepas tu baru la action tu start. Hahaha.. Tapi, tak menghampakan la tengok movie ni. Rating aku bagi, 4.5/5.. :D
No comments:
Post a Comment