Mari Singgah

Sunday 14 April 2013

10 Sebab Jepun Cepat Mencapai Kemajuan

Haa... Sebelum ni aku ada post 1 entry berkenaan keunikan Jepun.. So sekarang, aku nak share dengan korang kenapa jepun cepat mencapai kemajuan berbanding negara-negara maju yang lain.



Kita semua tau sejarah dimana bom atom telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Antara kesan pengeboman di 2 bandar ini adalah ;

  • 2/3  Hiroshima musnah.
  • Dari jarak 3 batu dari pusat letupan 60,000 dari  90,000 banggunan menjadi debu dan sehinggakan besi besi di banggunan menjadi cair.
  • Bom yang meletup itu di Hiroshima membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk askar. Penduduk Hiroshima di anggarkan  350,000 orang dan  70,000 mati serta-merta  dan selebihnya 70,000 mati kerana kesan daripada radioaktif yang dirasai sehingga 5 tahun lamanya.
Namun selepas dibom, bangsa Jepun terus bangkit. Bangsa Jepun berjiwa kental, rajin dan bersemangat. Sekarang Jepun antara negara maju dalam kelompok lima teratas. Bagaimana jepun boleh terus mencapai kemajuan?


1. Di Jepun, murid-murid pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam di ajar dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.


2. Tidak ada kegagalan (fail) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun walaupun salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants). Ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di sterilkan (disinfected), dan mereka akan membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa lebihan makanan diatas pinggan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun. Ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.


Hmm... Kalau kita bandingkan negara Jepun dengan Malaysia, memang sangat-sangat berbeza. paling kontra aku boleh katakan point nombor 2, 8 dan 9. Haaa... yang nombor 10 tu korang paham-paham je laa.. Haha... Sampai dah jadi trend, "biasa la janji pukul 10, datangnye pukul 10.30, janji melayu". Aku bukan nak memperkecilkan bangsa sendiri dan aku bukan jugak nak cakap aku sentiasa menepati waktu, tapi yang baik apa salahnya kita sama-sama ambil. Apa yang penting sekali, nilaikan sikap kita sendiri dulu. Baru kita nilaikan sikap orang lain.. :)

Credit : TaoTauAjer

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...