Mari Singgah

Wednesday, 13 March 2013

The Deep Web :: Dunia Internet Alam Ghaib

:: The Deep Web ::

Untuk korang yang tak tau, The Deep Web merupakan sebahagian besar kandungan alam maya (internet) yang tak dapat diakses melalui enjin carian biasa macam Google, Yahoo, Bing, etc. Kalau korang nak paham lagi, perumpamaan dia lebih kurang macam ni; Enjin carian yang biasa kita guna sekarang ni, ibarat kita melemparkan jaring merentasi seluruh permukaan laut. Memang kita dapat banyak ikan, tapi lagi banyak  ikan kat dasar laut tu. 



Ni antara beberapa fakta tentang The Deep Web:
  1. Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
  2. The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
  3. The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
  4. Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
  5. Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari. Dan disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
  6. Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
  7. Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
  8. Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.


Korang nak tau apa sebenarnya yang ada di The Deep Web tu ?
  • Semua maklumat yang tak dibenarkan disiarkan di The World Wide Web, ada di The Deep Web. Di The Deep Web, hampir ada kesemua yang dicari oleh penggodam, saintis, pengedar dadah, pembunuh, ahli fizik, ahli revolusi, kerajaan, polis, pengganas, pengumpul data, penculik, ahli sosiologi dan ramai lagi, merangkumi segenap aspek moral baik dan jahat.
  • Mereka yang masuk ke The Deep Web akan merasai sesuatu yang sangat menarik dan boleh dikaji walaupun terdapat berjuta-juta perkara jahat yang mendiami The Deep Web. Selain itu, terdapat juga banyak perkara-perkara baik yang boleh dikongsi tanpa batasan undang-undang dan privasi.
  • The Deep Web diibaratkan macam satu dunia yang mana anda bebas berkongsi apa sahaja. Jika anda seorang pembunuh, anda boleh mengiklankan servis anda di The Deep Web, jika anda seorang pengedar dadah, anda boleh menjual apa sahaja jenis dadah di sana, begitu juga jika anda mempunyai beberapa maklumat sulit mengenai mana-mana kerajaan, anda bebas meletakkannya di sana. Ianya dicipta untuk memberi kebebasan dan hanya yang tahu sahaja yang mampu mengaksesnya.
  • Kesemua yang anda dapat baca di Wikileaks sebenarnya telah disimpan beberapa tahun lebih lama di The Deep Web sebelum disiarkan di Wikileaks. Mungkin anda pernah menonton aksi penggodam di dalam filem yang telah menggodam melalui server pelik yang anda rasakan tidak wujud, sebenarnya server pelik itu ialah The Deep Web. Secara amnya, pengganas, pembunuh, pengedar dadah dan pelayar porno, telah lama menggunakan The Deep Web untuk tujuan mereka. Juga terdapat laman yang khusus menyiarkan fakta dan gambar mengenai rahsia di Area 51.
  • Sehingga sekarang, terdapat berjuta-juta pengedar dadah beroperasi menjual dadah-dadah mereka secara terbuka di The Deep Web. Berjenis-jenis dadah dijual, dari Ectasy hinggalah ke Meth, semuanya dijual dan dipamerkan secara terbuka. Begitu juga maklumat mereka, cara pembelian dan penghantaran. Sama juga dengan pembunuh upahan, anda boleh melihat berjuta pembunuh upahan yang menawarkan perkhidmatan mereka dengan upah di antara 20 ribu hingga 50 ribu EURO. 
  • Setiap hari akan ada transaksi penjualan kad kredit yang telah digodam.  Anda dengan mudah boleh membeli kad kredit yang telah digodam dan seterusnya menggunakannya mengikut socks dan protokol yang telah diberi.
  • Pernah disiarkan di The Deep Web, laman web yang bersimbolkan kematian 'Russian Roulette' dan diuruskan oleh organisasi-organisasi mafia sebenar. Mereka yang disiarkan adalah pemain sebenar yang telah dilatih secara professional dan bermain hanya untuk mati. Bukan lakonan yang dibuat-buat.


Korang nak access ke The Deep Web?

Sebelum anda cuba memasuki The Deep Web, baca dan fahami dulu bagaimana ianya berfungsi, Anda boleh baca mengenainya di sini:

Di sini ada maklumat apa itu rangkaian .onion dan bagaimana ianya berfungsi:

Di sini anda boleh baca mengenai TOR (The Onion Router)

Secara asasnya, kandungan di The Deep Web, bukan dicipta untuk orang biasa. Hanya mereka yang tahu cara dan protokol sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun kandungan di The Deep Web kelihatan menakutkan, terdapat lebih banyak lagi maklumat-maklumat berguna yang boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Sejurus selepas anda berjaya masuk ke The Deep Web, semua yang akan terjadi adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...