Mari Singgah

Saturday 30 March 2013

Rutin Harian Sebenar Pelajar Universiti

Sebagai salah seorang bekas penuntut IPT, aku nak buat kesimpulan rutin harian sebenar budak-budak U ni... Hahahaaa...

DOTA...!!!!

Seriously, game ni memang paling popular kat U.. Orang kata, kalo korang main CS lagi, korang ni tahap budak sekolah lagi laa.. Hahah.. Tapi, aku tak main pon game ni.. Pernah la aku mintak member sorang ni ajar aku cara main game ni.. Bapak susah! Hahahaaa... Nama panjang game ni Death Of The Angel, atau nama melayu dia Dunia Orang Takde Awek. Haaa... Kalo kat U aku, musim festival kolej je, mesti ada yang buat tournament DOTA ni. Apa yang aku tau pasal DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!



Pro Evolution Soccer

Game ni pun boleh tahan famous jugak laa.. Tapi, game ni pun aku tak main.. Sebab aku layan FIFA je.. Haha.. tu pon control guna keyboard.. Kalo control guna joystik, jahanammmm.... Hahahaa..



Ber-FaceBook-ing

Dengan yakinnya aku mengeluarkan statement, "majoriti student universiti di Malaysia ni mempunyai akaun Facebook". Setiap jam mereka akan update status mereka. “Currently at the toilet”, “Saya nak berak”, “Saya rasa nak terkentut”, “Makanan kat gerai no 4 langsung tak sedap!!”. Kalo masa muda-muda dulu, layan friendster.. Haha.. Masa belajar dulu, Facebook ni la jadi medium perhubungan antara student dan pensyarah,  antara kawan-kawan kolej, dalam menyebarkan sesuatu maklumat dengan cepat. Memang berguna ada akaun Facebook ni dulu. Tapi yang jadi tak guna bila ada friends kita send request Farmville la, Mafiawars la.. Puiihh...!! Semak jee.. Hahahaaa....



Drama Korea & Jepun

Ekhem ekhem... Statement no. 1, aku tak layan sangat drama korea. Kalau aku layan pun, genre macam CSI, yang banyak action, suspen, haaa..yang tu aku layan. Statement no. 2, aku layan drama jepun. Tapi yang paling aku suka jenis genre science fiction, polis-polis, CSI..Haaaa.. Best wooo..! Ni antara list drama korea jepun yang aku layan; Ataru, Boss, IRYU-Team Medical Dragon, Mr. Brain, My Boss My Hero, Sign, Tokyo Dogs. Pernah la jugak aku tengok drama korea jepon genre romantik-romantik ni. Best.. Tapi aku kurang menjiwai la drama tu.. Hahahaaa...



Download Movies & TV Series

Oohhh.. Sape tak suka dapat internet free. Dulu masa belajar, aku memang kaki download movie. Aku pun dah lupa mane aku menuntut ilmu download ni.. Haha.. Apa yang best download movie ni, kadang-kadang movie yang belum keluar kat cinema, kita dah boleh download dari internet. Mostly kes-kes macam ni, movie yang international. Kalo movie Malaysia, ko tunggu la 2 3 minggu lepas masuk cinema, baru boleh download. Tu kalau korang nak kualiti movie yang cantik la. Standard blu-ray gambar dia. Tapi dah compress. So tak lah besar sangat saiz movie tu. Kalo yang follow TV Series pulak, tiap-tiap minggu korang boleh follow series korang. Tak payah la nak tunggu TV3 ke, 8TV ke nak siarkan. Berjanggut la korang nak menunggu.. Hahahaaa..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...