Mari Singgah

Thursday, 15 November 2012

Istanbul Aku Datang



PENERBIT : Grand Brilliance & Red Films.
PENGARAH : Bernard Chauly
PELAKON : Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairy dan Aizat
GENRE : Komedi, Cinta

SINOPSIS : Dian (Lisa Surihani) adalah seorang gadis yang periang, manja dan overly-attached girlfriend dengan gigihnya telah pergi ke Istanbul dan merancang untuk membuatkan teman lelakinya, Azad (Tomok) melamarnya. Azad pada masa itu sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul. Tapi malangnya, Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Dian terpaksa mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Pangsapuri yang sudah disewa oleh Dian sebenarnya telah diduduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris. Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan. Tetapi, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad kerana tidak mahu perancangannya untuk dilamar Azad musnah. Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?



ULASAN AKU : Okey, jujurnya aku belum tengok lagi filem ni. Tapi, aku ada buat review pada blog² filem malaysia ni, so aku nak ulas sikit la tentang filem ni. Ada yang mengatakan berbaloi tengok filem ni kat wayang. Mungkin sebab pemilihan Istanbul sebagai latar belakang filem ni berbanding London atau UK yang dah boring tu.. Hahaha.. Pemilihan pelakon pun terbaik especially Beto. Permulaan plot fokus pada hubungan Dian dan Azad sebab isu rumah sewa tu tak timbul lagi. Masa tu nampak kualiti lakonan Tomok agak lemah kalau nak dibandingkan dengan Lisa. Lagipun muka dia kan macam jambu cikit. Haha.. Agak weird bila time jerkah² atau marah². But then, bila isu rumah sewa timbul, Beto lah watah paling macho dalam filem ni. Even watak dia macam ayam² @ slanga, tapi dia membuatkan semua orang seronok bila tonton filem ni. Rasanya kalau watak Beto tu takde, mungkin tak hidup filem ni.. Hahaha..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...