PENERBIT : Skop Production Sdn. Bhd.
PENGARAH : Syamsul Yusof
PELAKON : Salina Saibi, Nabila Huda, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Zizan Raja Lawak, Hetty Sarlene
GENRE : Drama, Komedi
SINOPSIS : Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bosia yang dikawal ketat oleh Acai. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk membawa Tasha ke jalan kembali.... "Raja" kumpulan Mat Rempit, Acai kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam... kisah realiti anak muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali.... menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Acai akan terus menjerumuskan gadis-gadis yang lemah pegangan agama?
ULASAN AKU : Kalau nak kata filem pasal Gangster dan segala masalah sosial rempit² bohsia ni, filem ni menjalankan tugasnya dengan baik. Benda ni memanglah menghidupkan watak dan suasana dengan baik. Produksinya pun rajin wat kajian apa style² cakap rempit/bohsia. In term of menghidupkan suasana dan mood rempit/bohsia tu, memang wajar dipuji.
Pelakonnya pun hebat². Shamsul Yusof, Salina Saibi dan Nabila Huda sememangnya kita tahu pelakon berkualiti. Tapi yang paling gempak dalam filem ni tentulah Sofi Jikan. Memang dia boleh menang Pelakon Pembantu Terbaik sekali lagi. Memang gangster gile uh…
Zizan dilihat sebagai alat untuk menambah satu elemen dalam filem ni. Zizan memang menjadi dan menarik. Membantu menceriakan filem ni yang dilihat kalau takde dia, mungkin flow filem akan jadi terlalu gelap.
Pengajaran juga disampaikan dengan bagus. Aku banyak gak tengok filem² gangster lain yang sangat berunsur gelap, tapi takde la pengajaran dia sentap sangat. Busuk² pun Farid Kamil mati orang nangis². Yang kali ni memang sentap, satu time Keting depan masjid tu, dan part ending dia.. Diiringi lagi dengan background doa taubat tu memang terasa cam nak nangis pun ada…lagi² kalau diri ini banyak dosa.
No comments:
Post a Comment