Mari Singgah

Tuesday, 19 June 2012

Hukum Membunuh Cicak



Hukum membunuh cicak adalah Sunat seperti mana dalam hadis.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.

Dalam hadis lain

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.

Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w menceritakan kepada isteri-isteri baginda apa yang telah cicak lakukan. Malahan semasa kafir Quraisy mencari Rasulullah s.a.w sewaktu Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’ dan labah-labah membantu Rasulullah s.a.w dengan membuat sarang di mulut gua supaya kafir Quraisy ingatkan tiada orang di dalam gua berkenaan, akan tetapi cicak telah membuat bunyi untuk menunjukkan bahawasanya di dalam gua tersebut supaya menunjukkan ada orang di dalamnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...