1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.
2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tempatnya di sebuah bahagian yang disebut Amygdala.
3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.
4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang itu disebut pandai bergantung kepada seberapa banyak connection yang terjadi antara neuron.
5. Jika otak tidak mendapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.
6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita.
7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.
8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.
9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.
10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.
Otak adalah sumber dari gerakan motorik manusia. Otak merupakan organ terpenting dari jutaan sel yang ada di dalam tubuh manusia. Seorang ahli pemakanan New York, Kelly Aronica, memaparkan makanan yang secara optimum mampu membantu meningkatkan prestasi otak kita, seperti yang dirangkum di bawah ini.
1. Telur
Dalam penjelasannya, Aronica menyebutkan bahawa zat Kolin yang terdapat dalam kuning telur merupakan zat yang mampu membentuk neurotransmitter asetilkolin otak yang berfungsi sebagai daya ingatan.
2. Teh Hijau
"Kafein dari teh hijau lebih baik dan lebih sihat daripada kopi untuk meningkatkan fungsi kognitif, fokus, dan konsentrasi." kata Aronica.
3. Bayam dan Kangkung
Aronica menyebutkan bahawa bayam dan kangkung mengandungi antioksidan, mineral dan vitamin yang tinggi yang berguna untuk kekuatan dan daya fikir otak.
4. Yogurt
Vitamin B12 yang terkandung di dalam yoghurt diyakini oleh Aronica sebagai vitamin memori yang berpengaruh dalam daya ingat otak manusia.
5. Lobak Merah
Lobak merah menghasilkan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej di dalam otak. Neurotransmitter ini menetapkan suasana hati, lapar, dan tidur.
6. Ikan Salmon
Ikan Salmon yang mengandungi asid lemak omega-3 yang berguna untuk meningkatkan fungsi belajar dan memori di dalam otak manusia. "Makan ikan salmon seminggu sekali dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer kerana salmon mempunyai jumlah asid lemak omega-3 tertinggi. Bagi anda yang vegetarian, anda boleh mendapatkan manfaat yang sama dengan mengambil soya yang kaya dengan asid lemak nabati." terang Aronica.
7. Avokado
Dengan mengambil avokado, maka anda akan terhindar dari risiko kehilangan memori pada otak kerana kandungan lemak tak tepu yang ada di dalam buah avokado.
8. Jus Sayuran
Sering-seringlah untuk meminum jus sayur-sayuran. Menurut keterangan Aronica, jus sayur-sayuran seperti brokoli atau bayam dapat menyekat radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada otak. "Antioksidan dalam brokoli atau bayam dapat menjaga kesihatan anda dari serangan radikal bebas yang boleh membahayakan prestasi otak manusia." kata Aronica.
No comments:
Post a Comment