Mari Singgah

Tuesday, 8 May 2012

Tower Heist


PENERBIT   : Universal Pictures, Imagine Entertainment
PENGARAH  : Brett Ratner
PELAKON   : Ben Stiller, Eddie Murphy, Casey Affleck, Alan Alda, Matthew Broderick, 
GENRE          Jenayah, Komedi
TRAILER     : 




SINOPSIS  : Filem komedi yang dibawakan oleh studio Universal Pictures mengisahkan Josh Kovacs (Ben Stiller) seorang pekerja tegas dan amanah. Bertahun-tahun dia bekerja mengawasi apartmen mewah itu sambil berharap suatu hari nanti dia dapat menikmati masa pencennya dengan tenang. Betapa kecewanya Josh apabila dia sedar salah seorang penghuni apartmen mewah itu bakal merampas masa depannya.
Pada ketika ini Arthur Shaw (Alan Alda) berstatus sebagai tahanan rumah di apartmen mewah tempat Josh Kovacs bekerja. Arthur dituduh telah menggelapkan wang berjumlah lebih dari US$2 milion. Bukan berapa banyak wang yang telah digelapkan Shaw yang membuat Josh resah. Tetapi kerana wang Josh ada di antara US$2 milion itu. Yang lebih merunsingkan, ada kemungkinan Arthur Shaw bakal terlepas dari semua tuduhan.
Waktu tinggal hanya dua hari. Kalau dalam dua hari Josh tidak berjaya mendapatkan wangnya kembali, maka masa depan Josh akan menjadi kabur. Josh ternyata bukanlah satu-satunya mangsa Arthur Shaw. Masih ada beberapa orang yang juga menjadi mangsa Arthur Shaw. Jadi, Josh dan mereka yang terlibat dalam pecah amanah ini mengambil keputusan untuk mendapatkan hak mereka semula. Tapi, bagaimana mereka hendak melakukannya..??? 


ULASAN AKU : 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...