Artikel ini akan menerangkan tentang beberapa faktor yang akan dialami oleh seseorang apabila beliau dicintai jin. Untuk wanita, keterangan disediakan dalam bentuk video. Play video di bawah untuk mengetahuinya:
Tanda Jin Jatuh Cinta Pada Seorang Wanita
20 Tanda Jin Jatuh Cinta Pada Lelaki
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda seperti di bawah (Tanda-tanda ini diperolehi dari internet. Ia tidak semestinya tepat. Mungkin anda mengalami beberapa tanda yang dinyatakan dan itu belum tentu menandakan anda dicintai jin betina. Ia mungkin hanya sekadar gangguan psikologi.):
- Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
- Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
- Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
- Anda suka bersendirian berjalan malam.
- Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
- Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
- Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
- Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
- Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
- Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
- Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
- Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
- Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.
- Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek’ anda tersebut.
- Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
- Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
- Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
- Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.
- Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.
- Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.
No comments:
Post a Comment