Mari Singgah

Thursday, 10 May 2012

Tak Paham Bahasa....!!!!!




Cerita 1 
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, “Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. “Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!” 

Cerita 2 
“Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah… … saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!” 

Cerita 3 
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. 
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang! 
Pelajar : Terima kasih cikgu. 
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ? 
Pelajar : Balik ke rumah!! 

Cerita 4 
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu… 
“Eh,baru balik..?” tanya si ibu sinis. 
“Ya, mak..” jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara. 
“Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!”Tengking si ibu. 
“Nak sarapan!” balas si anak pendek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...