PENERBIT : Walt Disney Pictures, DreamWorks Pictures
PENGARAH : Shawn Levy
PELAKON : Hugh Jackman, Dakota Goyo, Evangeline Lilly, Anthony Mackie, Kevin Durand
GENRE : Action, Adventure, Sci-Fi
TRAILER :
SINOPSIS : Charlie Kenton (Hugh Jackman) mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan tinju. Namun, akibat peredaran masa yang menuju kemajuan, tinju manusia telah digantikan dengan tinju robot. Akhirnya, Charlie terlepas peluang untuk meraih gelaran juara.
Di era serba moden, sukan tinju robot mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton². Charlie terpaksa beralih angin dan bekerja sebagai promoter tinju kecil-kecilan. Pada masa yang sama, Max (Dakota Goyo) muncul dalam hidup Charlie. Max merupakan anak Charlie. Max mempunyai minat yang mendalam terhadap permainan video games berkonsepkan robot.
Kejadian yang hampir meragut nyawa Max, telah menemukan Max dengan Atom, robot buangan yang masih boleh berfungsi. Max bersama dengan Charlie melatih Atom supaya Atom boleh bertanding di gelanggang tinju setaraf dengan robot² moden yang lain. Walaupun saiz Atom kecil berbanding robot2 lain, Atom mempunyai satu rahsia. Rahsia yang membawa kejayaan kepada Max dan Charlie.
ULASAN AKU : Hmmm...Superbbb...!!!! Kitorang dah tengok filem ni (20/10)... Memang besttt... Gempak...!!! Pada aku, filem ni tak lama sangat.. Dlm 2 jam je... Tapi, aksi² perlawanan robot ni, fuuhh..... Gempak sehh.. Paling best, final Atom vs Zeus.. Nak tau besar mana dan canggihnya Zeus tu, korang tgk la filem ni... Tak rugi..!!!! :)
Rating aku : 4.5/5
No comments:
Post a Comment