Lemon
Hirisan lemon yg disisipkan ketika kita makan di restoran adalah untuk membantu kita menghilangkan bau mulut selepas makan. Ini kerana potongan lemon dapat meneutralkan bau aroma yg kuat seperti bau kambing dan bawang.
Lobak
Ketika mengunyah makanan yg berserat tinggi, penghasilan air liur akan bertambah dan menyebabkan mulut berbau. Kebanyakkan doktor gigi mencadangkan kita untuk mengunyah lobak ataupun epal untuk mengurangkan bau mulut. Selain enak, seratnya pun baik untuk pencernaan dan membantu anda yg sedang berdiet.. :)
Teh Hijau
Dalam teh hijau mengandung zat aktif bernama catechins yang dapat membunuh bakteria di mulut sekaligus menghilangkan gula dari plak. Bakteria penyebab bau mulut pun akan hilang. Meminum teh hijau setiap hari sangat digalakkan untuk menghilangkan bau yg kurang enak.
Yogurt
Yogurt adalah minuman prebiotik yang baik untuk pencernaan. Jika diamalkan setiap hari, makanan probiotik ini dapat membantu memelihara kesihatan pencernaan. Apabila sistem pencernaan lancar, bau mulut dapat diatasi. Tapi jika anda mengalami masalah dengan perut, pengambilan yogurt sebaiknya dikawal.
Daun Mint
Daun mint boleh membantu menghilangkan bau mulut yg kurang enak. Biasa dicampurkan ke dalam makanan atau minuman sehingga memberikan kesan/rasa yang segar di mulut dan aroma yang enak. Selain daun mint, anda boleh juga menggunakan kayu manis jika ada.
Air Putih
Cara terakhir tapi cukup berkesan untuk mengurangkan bau mulut adalah dengan meminum air masak. Kerana dengan meminum air masak, ia dapat merangsang saliva dengan baik. Berkumur dengan air putih dapat mengeluarkan kotoran dari celah² gigi yang menjadi penyebab bau mulut.






No comments:
Post a Comment